-->

Review Menginap di Malioboro Garden Hotel, Yogyakarta

Review Menginap di Malioboro Garden Hotel, Yogyakarta

Semangat balik dari percutian ke Yogyakarta dari 12 Oktober 2017 hingga 16 Oktober 2017 lepas masih lagi semarak di jiwa ni. Serius, aku rindu suasana kat sana. Cantiknya perkampungan di Yogyakarta. Sampai aku cakap dengan suami aku, aku jatuh cinta sama Yogyakarta. :)

Ohya, sebelum aku bercerita lebih lanjut berkenaan percutiaan aku di Yogyakarta (insyaallah dalam next entry), meh lah aku bagi sedikit review berkenaan Malioboro Garden Hotel yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang 5 hari di bumi Yogyakarta. Aku buat tempahan hotel ni melalui website Booking.com. Ni antara hotel yang menawarkan harga antara yang terendah untuk penginapan 5 hari iaitu RM385. Murahkan. Tapi macam biasalah, dah murah sangat, hati aku macam was-was pulak, ok ke tak hotel ni? Jauh ke tak nak ke Malioboro street nya??

View hadapan Malioboro Garden Hotel
Bagi menjawab segala kegusaran aku, aku direct whatsapp dengan Pak supir yang aku dah booking setahun yang lepas (gila tak semangat aku booking setahun lebih awal.. haha), tanya dia ok tak stay di Malioboro Garden Hotel ni dan jauh tak ke Maliboro streets? Nasiblah dia jawab ok dan dekat. Fuhhh..

1 minggu sebelum nak flight ke Yogyakarta, aku dah call ke hotel ni untuk confirm mengenai booking aku, yelah takut pula takda dalam rekod. Naya aku. Dahlah belum bayar ni. haha. Ohya, ni yang best buat tempahan bilik hotel di booking.com, kita boleh bayar sewaktu nak check in nanti. So sesuai sangat lah untuk aku yang sentiasa mengumpul bajet ni. Sikit-sikit aku kumpul tau. Kalau nak sekali harung, tiket, hotel dan kos transport memang pengsan juga aku.

Kami check in di Malioboro Garden Hotel pada 12 Oktober 2017 sekitar jam 8.00 malam waktu Indonesia. Itupun setelah kami jalan-jalan dulu ke Candi Prambanan, Candi Ijo dan Tebing Breksi. Memang tidak mensia-siakan masa tau kami. Memanfaatkan masa yang ada di Bumi Yogyakarta.



Kawasan lepak atau nak breakfast dalam Malioboro Garden
Hotel


So far, bilik aku bernombor 187 dan mempunyai pintu akses nak ke tempat makan. Bilik ok, kemas, toilet pun ok bersih. Ada kemudahan televisyen, aircond, towel dan yang paling utama ada disediakan breakfast. Serius berbaloi, harga bajet tapi disediakan breakfast. Jimat kos untuk breakfast di sini. :)

Breakfast hari terakhir di bumi
Yogyakarta


Layanan staff hotel pun sangat bagus, dan mesra-mesra semua nya. Senang cerita orang-orang di Yogyakarta ni sangat ramah dan sangat menghormati orang dan sesama mereka sendiri. Ini yang aku perhatikan la di sini. Itu yang buat aku makin jatuh cinta sama bumi Yogyakarta. Dan insyaallah, aku dalam plan nak ke Yogyakarta balik.

Kat Malioboro Garden Hotel ni juga ada disediakan servis Laundry, just tak dapat nak siap cepatlah. Contoh kalau korang hantar baju untuk cuci pukul 11 malam, dalam pukul 10-11 malam keesokkan nya baru siap. Tapi still ok. 2 Kali juga lah kami guna perkhdmatan laundry di sini. :)

Satu juga bonus menginap di Malioboro Garden Hotel adalah, ianya sangat dekat dengan Maliboro Street tempat tumpuan ramai untuk membeli belah dan layan hiruk piruk kota Yogyakarta. Memang happening di sini malam-malam. Korang boleh layan satu kumpulan pengamen ni. Stylo juga. Just aku tak dapat nak layan sangat sebab dah terlampau penat dan sakit kaki. Haha. Insyaallah lepas ni aku layan. Khas untuk suami aku. 

Aku bagi 4.5/5 bintang untuk Malioboro Garden Hotel. Murah, Selesa, layanan staff yang excellent dan Senang nak akses ke mana-mana. :)

Baca juga:

1 Comments

avatar

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
(pakej lain sila whatsapp)

Day 1
● Tebing breksi
● Kotagede (kilang silver & chocolate)
● Sandboarding Parangkusumo
● Parangtritis beach
● Manding (leather arts)
● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

Day 2
● Merapi lava tour
● Borobudur temple
● Kalibiru

Day 3
● Timang beach
● Cave tubing pindul
● Pinus Forest
● Bukit bintang

Day 4
● Drop off to airport

Harga bermula dari:
RM 602 (ALL IN)*
RM 452 (exclude hotel)*

*kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
* kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

Pakej termasuk
● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
● Pick up & drop off airport
● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
● Supir / Pemandu
● Makan supir
● Parking
● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
● Air mineral
● Insurance

Exclude:
● Flight Ticket
● Airport taxes
● Gondola ride bilamana pergi timang
● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
● Menu tambahan untuk dinner / lunch
● Tips untuk driver (seikhlasnya)

Note:
Harga dapat berubah setiap masa
Harga tidak berlaku bagi high season

>>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
>>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
>>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb



Balas delete



Emoticon