Point 3 kami dibawa pula melawat ke rumah yang pernah terjejas ketika letusan gunung merapi. Kiranya rumah muzium merapi. Di dalamnya adalah kesan-kesan dari letusan dan barangan yang rosak dan musnah rentetan daripada letusan merapi. Point 4. , Mas parjo bawa kami meninjau ke Batu Alien dan kawasan kuari. Batu Alien tu adalah serpihan lava dari Gunung merapi dan batu itu seakan-akan menyerupai muka orang.
Selepas selesai trip Merapi, kami teruskan perjalanan menuju ke Candi Borobudur. Sebelum ke Candi Borobudur, kami minta supir singgah dulu ke Kedai makan untuk makan tengahari.
Candi Borobudur
|
Candi Borobudur |
Kami sampai di Candi Borobudur kira-kira pukul 12 lebih tengahari. Jadi agak panas jugalah di sana. Keluar sahaja dari kereta, kami dikerumuni ibu-ibu yang menyediakan perkhidmatan sewa payung atau jual payung. Kami tak sewa atau beli pun. Tapi serius, waktu kat Candi Borobudur boleh tahan juga lah panasnya. Kalau anda ada bawa anak-anak kecil, sewalah payung ya.
Candi Borobudur ni adalah salah satu monumen atau binaan keajaiban dunia. Agak besar juga keluasan candi Borobudur ni. Pastikan anda sentiasa ready fizikal dan mental ya kalau nak naik ke atas Candi ni. Sangat tak digalakkan untuk warga emas yang sakit kaki. Dicadangkan hanya ambil gambar di kawasan bawah candi ni sahaja. Tiket masuk ke Candi Borobudur ni sama seperti tiket ke Candi Prambanan iaitu 325000 rupiah untuk pelancong asing. Dan seperti biasa kami dapat beli pada harga 300000 rupiah sahaja melalui pak supir kami. Oklah kan, dapat jimat 25000 rupiah.
Kami selesai di Candi Borobudur lewat juga iaitu dalam pukul 4 petang lebih. Terus pecut kereta menuju ke Gereja Ayam.
Gereja Ayam
|
Gereja Ayam |
Kami sampai di sini agak lewat sekitar pukul 4.30 petang. Gereja ni tutup untuk dilawati pukul 5.30 petang. Jadi agak rushing juga nak explore senibina dalam gereja ayam ni. Ohya tiket masuk ke Gereja Ayam ini adalah 15000 rupiah. Dan sewa jeep untuk naik ke bukit terletaknya Gereja Ayam ini saya lupa pulak. Sewa je la jeep mak oiii nak ke gereja ayam ni boleh taham curam juga.
Gereja Ayam ni sebenarnya bukan lah bentuk ayam tau. Masuk je ke dalam gereja ni kami terus dibrief dan diingatkan bahawa ini adalah Rumah doa yang berbentuk Merpati dan bukannya ayam. Asalnya Gereja ayam ni dibina untuk dijadikan gereja namun terdapat bantahan dari penduduk sekitar disebabkan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi, diubah kepada Rumah doa sahaja maksudnya kesemua agama dan kepercayaan boleh berdoa dan beribadat di sini. Lawatan kami ke Gereja Ayam ini agak rushing lah, jadi tak berapa nak best sangat dan tak dapat nak sesi soal jawab sangat. Dengan orang yang kami sewa jeep untuk naik tu yang hadkan masa sampai pukul 5 petang sahaja. Hmm. Jadi, nasihat saya, jangan lama sangat di Candi Borobudur ya. :P
Selesai di Gereja Ayam maksudnya selesai jugalah trip perjalanan kami untuk hari kedua di Yogyakarta ini. Dalam perjalanan balik ke hotel, kami bawa supir pergi makan dulu, dan kami request kedai makan yang mempunyai hidangan Bebek atau itik. :) Jadi, merasalah kami makan Nasi Bebek remuk malam tu. Sedap. Nama kedai tu adalah Bebek Goreng Hj. Slamet. Wajib cuba!!!
2 Comments