-->

Trip Percutian ke Yogyakarta (Day 2)

Trip Percutian ke Yogyakarta (Day 2)

Hari kedua iaitu 13 Oktober 2017, saya beritahu dengan supir yang saya nak tengok sunrise di Merapi. Jadi supir kami iaitu Mas Ari beritahu dia akan ambil kami sekitar jam 4.00 pagi (WAKTU INDONESIA). Disebabkan saya ini mempunyai tahap keyakinan as known as CONFIDENT yang TINGGI, saya set alarm clock di handphone saya pukul 4.00 pagi. Jadi kalau ikut masa Indonesia, lewat 1 jam daripada waktu Malaysia, so saya bajet saya akan bangun pukul 3.00 pagi waktu Indonesia. Tapi malangnya, lepas sahaja alarm clock saya berbunyi, Mas Ari dah pun call saya beritahu dia dah sampai kat hotel. Aduhhh. Bala apa pula ni?? terus aku cakap dengan Mas Ari, ehhh bukan sekarang baru pukul 3.00 pagi Indonesia ka? Mas Ari jawab, sekarang dah pukul 4.00 pagi Indonesia kak. Hahaha. Actually waktu ini saya blur lagi. Terus bingkas bangun dan pergi mandi. Rupa-rupanya, dah petang baru saya tahu, rupanya handphone saya auto detect jam Indonesia. :( Itupun lepas saya tengok waktu di jam tangan saya. Sorry ye Mas Ari. Almaklumlah jarang-jarang cuti luar negara. Haha. Disebabkan dah lewat, supir memang pecut habis kereta. Destinasi pertama kami untuk hari kedua ni adalah Trip Merapi.


Merapi Tour Jeep

Trip Merapi kami, mas Ari dah pun booking dengan Mas Parjo. Jadi, Mas Parjo memang dah tunggu kami. Jeep-jeep lain semua dah naik. Huhu. Alhamdulillah, sempat juga jumpa sunrise di Merapi. Jadi lah kan. Yang saya agak frust bila, Mas Parjo cakap, dia kesian pengunjung dari jauh tidak dapat tengok Gunung Merapi. Huhu. Impian paling besar saya lah nak tengok Gunung Merapi tau. Tapi memang betul, waktu kami sampai tu, Gunung Merapi memang dah tak kelihatan sebab dilindung awan. Semasa sesi berfoto dengan jeep, Mas Parjo suruh tunggu dulu mana tahu ada rezeki untuk tengok Gunung Merapi. Dan alhamdulillah, Allah bagi rezeki untuk kami melihat salah satu kebesaranNya. Terpegun dan terpukau dengan keindahan Gunung Merapi. Untuk anda yang nak ke Yogyakarta nanti, pastikan anda ikut Merapi Tour Jeep ini. 

Kali terakhir gunung Merapi ni meletus adalah pada tahun 2010. Bila dengar mas Parjo (yang bawa jeep kami naik tu) cerita pasal kejadian Gunung Merapi tu, terus rasa seram sejuk. Sedih juga dengar cerita dia. Waktu trip ni juga Mas Parjo bawa kami ke 1 point untuk sesi fotograf berlatarkan Gunung Merapi. Yang saya salute dengan Mas Parjo ni adalah dia TERER ambik gambar oiiii. Sampai saya duk perati je cara dia ambik gambar. Haha. Point 2 kami di bawa melawat ke Bunker Kali Adem iaitu satu kubu yang dibina khas untuk penduduk sekitar berlindung dari asap letusan Gunung Merapi.

Kalau diikut pada letusan sebelumnya iaitu pada tahun 2006, lava tidak sampai pun ke kawasan bunker kali adem tu. Malang pada tahun 2010 semasa letusan paling teruk berlaku, terdapat 2 orang sukarelawan yang berlindung di dalam Bunker kali adem tersebut, dan keduanya meninggal di dalam bunker tersebut. Pintu bunker tak sempat ditutup dan lava memenuhi ruangan dalam bunker tersebut. Semoga roh keduanya dirahmati tuhan.aminn.

Point 3 kami dibawa pula melawat ke rumah yang pernah terjejas ketika letusan gunung merapi. Kiranya rumah muzium merapi. Di dalamnya adalah kesan-kesan dari letusan dan barangan yang rosak dan musnah rentetan daripada letusan merapi. Point 4. , Mas parjo bawa kami meninjau ke Batu Alien dan kawasan kuari. Batu Alien tu adalah serpihan lava dari Gunung merapi dan batu itu seakan-akan menyerupai muka orang.

Selepas selesai trip Merapi, kami teruskan perjalanan menuju ke Candi Borobudur. Sebelum ke Candi Borobudur, kami minta supir singgah dulu ke Kedai makan untuk makan tengahari.


Candi Borobudur

Candi Borobudur


Kami sampai di Candi Borobudur kira-kira pukul 12 lebih tengahari. Jadi agak panas jugalah di sana. Keluar sahaja dari kereta, kami dikerumuni ibu-ibu yang menyediakan perkhidmatan sewa payung atau jual payung. Kami tak sewa atau beli pun. Tapi serius, waktu kat Candi Borobudur  boleh tahan juga lah panasnya. Kalau anda ada bawa anak-anak kecil, sewalah payung ya.

Candi Borobudur ni adalah salah satu monumen atau binaan keajaiban dunia. Agak besar juga keluasan candi Borobudur ni. Pastikan anda sentiasa ready fizikal dan mental ya kalau nak naik ke atas Candi ni. Sangat tak digalakkan untuk warga emas yang sakit kaki. Dicadangkan hanya ambil gambar di kawasan bawah candi ni sahaja. Tiket masuk ke Candi Borobudur ni sama seperti tiket ke Candi Prambanan iaitu 325000 rupiah untuk pelancong asing. Dan seperti biasa kami dapat beli pada harga 300000 rupiah sahaja melalui pak supir kami. Oklah kan, dapat jimat 25000 rupiah.

Kami selesai di Candi Borobudur lewat juga iaitu dalam pukul 4 petang lebih. Terus pecut kereta menuju ke Gereja Ayam.


Gereja Ayam 
Gereja Ayam

Kami sampai di sini agak lewat sekitar pukul 4.30 petang. Gereja ni tutup untuk dilawati pukul 5.30 petang. Jadi agak rushing juga nak explore senibina dalam gereja ayam ni. Ohya tiket masuk ke Gereja Ayam ini adalah 15000 rupiah. Dan sewa jeep untuk naik ke bukit terletaknya Gereja Ayam ini saya lupa pulak. Sewa je la jeep mak oiii nak ke gereja ayam ni boleh taham curam juga.

Gereja Ayam ni sebenarnya bukan lah bentuk ayam tau. Masuk je ke dalam gereja ni kami terus dibrief dan diingatkan bahawa ini adalah Rumah doa yang berbentuk Merpati dan bukannya ayam. Asalnya Gereja ayam ni dibina untuk dijadikan gereja namun terdapat bantahan dari penduduk sekitar disebabkan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi, diubah kepada Rumah doa sahaja maksudnya kesemua agama dan kepercayaan boleh berdoa dan beribadat di sini.  Lawatan kami ke Gereja Ayam ini agak rushing lah, jadi tak berapa nak best sangat dan tak dapat nak sesi soal jawab sangat. Dengan orang yang kami sewa jeep untuk naik tu yang hadkan masa sampai pukul 5 petang sahaja. Hmm. Jadi, nasihat saya, jangan lama sangat di Candi Borobudur ya. :P

Selesai di Gereja Ayam maksudnya selesai jugalah trip perjalanan kami untuk hari kedua di Yogyakarta ini. Dalam perjalanan balik ke hotel, kami bawa supir pergi makan dulu, dan kami request kedai makan yang mempunyai hidangan Bebek atau itik. :) Jadi, merasalah kami makan Nasi Bebek remuk malam tu. Sedap. Nama kedai tu adalah Bebek Goreng Hj. Slamet. Wajib cuba!!!


Baca juga:

1 Comments

avatar

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
(pakej lain sila whatsapp)

Day 1
● Tebing breksi
● Kotagede (kilang silver & chocolate)
● Sandboarding Parangkusumo
● Parangtritis beach
● Manding (leather arts)
● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

Day 2
● Merapi lava tour
● Borobudur temple
● Kalibiru

Day 3
● Timang beach
● Cave tubing pindul
● Pinus Forest
● Bukit bintang

Day 4
● Drop off to airport

Harga bermula dari:
RM 602 (ALL IN)*
RM 452 (exclude hotel)*

*kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
* kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

Pakej termasuk
● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
● Pick up & drop off airport
● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
● Supir / Pemandu
● Makan supir
● Parking
● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
● Air mineral
● Insurance

Exclude:
● Flight Ticket
● Airport taxes
● Gondola ride bilamana pergi timang
● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
● Menu tambahan untuk dinner / lunch
● Tips untuk driver (seikhlasnya)

Note:
Harga dapat berubah setiap masa
Harga tidak berlaku bagi high season

>>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
>>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
>>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb



Balas delete



Emoticon