Tempat Wajib Dikunjungi di Yogyakarta
Trip percutian bajet saya ke Yogyakarta telahpun berjalan dengan jayanya dan yang penting, kesemua tempat dalam list itinerari saya dapat dilawati. Terima kasih yang tak terhingga juga buat supir kami yang setia dari awal trip hingga akhir iaitu Mas Ari dalam memberi cadangan dan buah fikiran tempat-tempat yang harus dipergi. Terima kasih mas. Jadi, di sini saya dengan rasa berbesar hati nak kongsikan antara tempat-tempat menarik atau wisata yang Wajib anda kunjungi apabila bercuti di Yogyakarta. Antara tempat tersebut adalah:
1. Candi Prambanan
|
Candi Prambanan |
Candi Prambanan merupakan tempat pertama yang kami kunjungi setelah mendarat di bumi Yogyakarta. Tiket masuk ke Candi Prambanan untuk pelancong asing adalah 325,000 rupiah. Namun, pak supir kami beli dari ejen so dapatlah harga tiket 300,000 rupiah sahaja iaitu lebih kurang RM94 duit Malaysia. Agak mahal juga lah tiket masuk sini. Kalau ikutkan rasa tak nak masuk sini, tapi alang-alang dah ke Yogyakarta kan, jadi rugi pula rasanya tak calit tanah ke dahi. Konon. Candi Prambanan ni lah yang ayah saya selalu cerita pasal mitos kejadian Candi Prambanan ni yang dibuat oleh jin. Supir kami pun ada cerita pasal ni.tapi tu dia cakap kisah mitos atau dongeng dulu-dulu lah.
2. Candi Ijo
|
Candi Ijo |
Candi ni terletak tidak jauh juga lah dari Candi Prambanan. Tiket masuk ke sini adalah 5000Rupiah. Kami sampai di sini betul-betul waktu sunset. So dapatlah capture gambar sunset di sini. Pemandangan dari atas bukit Candi Ijo ini pun sangat cantik.
3. Tebing Breksi
Tebing breksi ni sebenarnya adalah tempat pengambilan batu. Ala batu untuk buat rumah tu. Alang-alang dah mengetuk batu tu, mereka ukir lah hiasan pada dinding batu tu. So nampak unik dan menarik. Kat sini korang boleh ambik gambar ikut sekreatif korang. Tiada bayaran masuk ye. Just kereta pak supir je kena bayar.
4. Lava Tour Jeep Merapi
Trip melawat kawasan-kawasan yang terjejas dengan letusan Gunung Merapi dengan menaiki Jeep ni memang sangat-sangat recommended dengan korang. Korang skip trip ni, memang sangat ruginya. Sebab, kalau saya, kat Malaysia ni mana ada Gunung Berapi, dan trip ke sini je lah mampu nak lihat Gunung Berapi yang paling AKTIF di Indonesia.
|
Gunung Merapi. Alhamdulillah diberi rezeki untuk lihat salah satu
kebesaran Allah. |
Kali terakhir gunung Merapi ni meletus adalah pada tahun 2010. Bila dengar mas Parjo (yang bawa jeep kami naik tu) cerita pasal kejadian Gunung Merapi tu, terus rasa seram sejuk. Sedih juga dengar cerita dia. Waktu trip ni juga Mas Parjo bawa kami ke 1 point untuk sesi fotograf berlatarkan Gunung Merapi. Yang saya salute dengan Mas Parjo ni adalah dia TERER ambik gambar oiiii. Sampai saya duk perati je cara dia ambik gambar. Haha. 2 point kami di bawa melawat ke Bunker Kali Adem iaitu satu kubu yang dibina khas untuk penduduk sekitar berlindung dari asap letusan Gunung Merapi. Kalau diikut pada letusan sebelumnya iaitu pada tahun 2006, lava tidak sampai pun ke kawasan bunker kali adem tu. Malang pada tahun 2010 semasa letusan paling teruk berlaku, terdapat 2 orang sukarelawan yang berlindung di dalam Bunker kali adem tersebut, dan keduanya meninggal di dalam bunker tersebut. Pintu bunker tak sempat ditutup dan lava memenuhi ruangan dalam bunker tersebut. Semoga roh keduanya dirahmati tuhan.aminn.
Point 3 kami dibawa pula melawat ke rumah yang pernah terjejas ketika letusan gunung merapi. Kiranya rumah muzium merapi. Di dalamnya adalah kesan-kesan dari letusan dan barangan yang rosak dan musnah rentetan daripada letusan merapi. Point 4. , Mas parjo bawa kami meninjau ke Batu Alien dan kawasan kuari. Batu Alien tu adalah serpihan lava dari Gunung merapi dan batu itu seakan-akan menyerupai muka orang.
|
Feeling Che Ta jap dengan Jeep orang :p |
5. Candi Borobudur
|
Borobudur. Salah satu keajaiban dunia. |
Candi Borobudur ni adalah salah satu monumen atau binaan keajaiban dunia. Agak besar juga keluasan candi Borobudur ni. Pastikan anda sentiasa ready fizikal dan mental ya kalau nak naik ke atas Candi ni. Sangat tak digalakkan untuk warga emas yang sakit kaki. Dicadangkan hanya ambil gambar di kawasan bawah candi ni sahaja. Tiket masuk ke Candi Borobudur ni sama seperti tiket ke Candi Prambanan iaitu 325000 rupiah untuk pelancong asing. Dan seperti biasa kami dapat beli pada harga 300000 rupiah sahaja melalui pak supir kami. Oklah kan, dapat jimat 25000 rupiah.
6. Gereja Ayam
|
Gereja Ayam |
Gereja Ayam ni sebenarnya bukan lah bentuk ayam tau. Masuk je ke dalam gereja ni kami terus dibrief dan diingatkan bahawa ini adalah Rumah doa yang berbentuk Merpati dan bukannya ayam. Asalnya Gereja ayam ni dibina untuk dijadikan gereja namun terdapat bantahan dari penduduk sekitar disebabkan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Jadi, diubah kepada Rumah doa sahaja maksudnya kesemua agama dan kepercayaan boleh berdoa dan beribadat di sini. Kami sampai di sini agak lewat sekitar pukul 4.30 petang. Gereja ni tutup untuk dilawati pukul 5.30 petang. Jadi agak rushing juga nak explore senibina dalam gereja ayam ni. Ohya tiket masuk ke Gereja Ayam ini adalah 15000 rupiah. Dan sewa jeep untuk naik ke bukit terletaknya Gereja Ayam ini saya lupa pulak. Sewa je la jeep mak oiii nak ke gereja ayam ni boleh taham curam juga.
7. Jurang Tembelan
|
Jurang Tembelan |
Jurang Tembelan ni adalah satu tempat yang mempunyai pemandangan yang sangat indah dan mengagumkan. Bayaran ke sini adalah seikhlasnya dan satu box disediakan untuk anda bagi sumbangan anda. Kat sini korang bolehlah nak berpose ala-ala titanic korang tu. Saya buat tak berapa nak menjadik.hahaha. Nampak sangat kekurusan badan ku ni buat pose gitu. Outttt!!! Haha.
8. Rumah Seribu Kayu dan Rumah Hobbit
|
Rumah Seribu Kayu |
Rumah Seribu Kayu dan Rumah Hobbit ni tarikan dia untuk kita-kita yang suka ambil gambar dan pose cantik-cantik. Sangat unik juga lah kawasan ni. Probe rumah hobbit dan pondok atau rumah yang dibina menggunakan kayu atau ranting-ranting pokok. Orang-orang kat sini memang kreatif tau. Ada ja benda yang kreatif dan cantik diorang reka.
|
Rumah Hobbit |
9. Hutan Pinus
Haa, kalau nak bergambar dan pose ala-ala berada di Korea, bolehlah ke Hutan Pinus ni atau lebih dikenali sebagai hutan pokok pines. Memang cantik. Dan yang tak cantik nya bila waktu kami sampai di sini Hujan turun lebat. Haha. Tapi sempat lah rezeki kami untuk posing kat sini sebelum hujan mengejar. Agak kuyup juga lah. Bayaran masuk ke Hutan Pinus adalah ......
10. Cave tubing Goa Pindul dan Kali Oya
Sebenarnya aktiviti ke Goa Pindul ni telah saya keluarkan dari itinerary saya sebelum ini atas sebab tak nak melibatkan aktiviti basah. Tapi disebabkan mas ari bagitau kat Goa pindul tu cantik, so saya goyah juga lah. Haha. Kebetulan dan basah kuyup selepas kena hujan di Hutan Pinus, kami meneruskan perjalanan ke Goa Pindul dan saya terus guna baju yang dah basah tu untuk aktiviti air di Goa Pindul ni. Caj masuk ke kawasan Goa Pindul ni adalah 10,000 rupiah seorang dan caj untuk cavetubing goa pindul dan oya adalah 150,000 rupiah seorang. Untuk korang yang sukakan aktiviti menarik dan menyaksikan panorama indah perkampungan di Yogyakarta ni bolehlah ke Goa pindul ni. Minimum masa untuk trip goa Pindul ni adalah sekitar 1-2 jam. So pandai-pandailah korang atur masa ya. Aktiviti di Goa Pindul ni saya mintak mas ari mohon dipercepatkan atau disingkatkan masa sebab saya takut kesuntukan masa ke Pulau Timang.
11. Pantai Timang @ Pulau Timang
|
Suasana senja di Pantai Timang |
Selepas aktiviti di Goa Pindul, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Timang. Agak lewat juga kami sampai ke Pantai Timang, dah nak sunset pun. Satu sebab lewat juga, kami kena tunggu jeep untuk hantar kami ke Pulau Timanh. Sewa jeep adalah 300,000 rupiah kalau tak silap. Kalau bajet kurang boleh naik motosikal atau ojek. Tapi sangat tak digalakkan ye. Sebab jalan nak ke pulau Timang tu berbatu-batu. Waktu sampai di pantai timang dah nak senja, Rezeki saya, nasiblah pengelola gondola kat Pantai Timang tu masih buka untuk naik gondola. Patutnya dsh close kata nya. Huhu. Bayaran untuk naik gondola adalah 200,000 ruprupia Pulau Timang ni pun antara top 3 list yang wajib anda kunjungi jika ke Yogyakarta. Pemandangan kat sini, Subhanallah. Cantiknya. Betapa besar kuasa Allah.
12. Kali Biru
|
Pemandangan di Spot 1, Kali Biru |
Kali Biru adalah salah satu wisata di Yogyakarta yang mempunyai tarikan dan keunikannya sendiri. Jalan menuju ke Kali Boru ni boleh tahan menggerunkan juga. Laluan dia sangat kecil, lebih kurang sama besar je saya tengok dengan saiz kereta avanza yang kami naik. Dahlah jurang banyak. Seram. Keseraman dan kegerunan korang tu akan terubat bila dah sampai kat Kali Biru. Kat atas tu korang akan terpegun sekali lagi dengan pemandangan di atas sana. Cantik. Dan saya dan suami pilih spot 1 untuk rakamkan gambar di kali biru kami. Caj seprang untuk bergambar adalah 15,000 rupiah dan tidak terhad untuk pose. Namun hanya 4 softcopy gambar sahaja diberikan percuma dan selebihnya kena bayar. Disebabkan kesemua 28 keping gambar yang dirakamkan cantik-cantik, saya borong habis dengan bayaran sekitar RM30 juga lah. Bayarannya dalam rupiah lah. Just saya lebih ingat amaun dalam rm.
13. Gumuk Pasir
|
Gumuk Pasir |
Yang menarik mengenai Gumuk Pasir ini adalah berada di kawasan Gumuk Pasir membuatkan anda berada seolah-olah di Padang pasir, yahabibi ya maulana. Teksture pasirnya yang halus dan kena lagi dengan cuaca panas, memang ngam lah. Tinggal nak cari unta nya lagi. :p Kat sini, kita boleh sewa sandboard iaitu kita bolehlah main ala-ala skating. Yang ni saya tak main, hanya tengok dari jauh sahaja. Kat sini kami tak lama, hanya sekadar ambil gambar dan singgah ke gerai seberang jalannya untuk makan mee POP. Ini kes kelaparan sudah.
14. Pantai Parangtritis
|
Pantai Parangtritis |
Pantai Parangtritis ini berada tidak jauh dari Gumuk Pasir. Satu keunikan Pantai Parangtritis ini adalah pasir pantainya yang berwarna kehitaman. Kebetulan kami pergi ke pantai ini pada hari Ahad, jadinya ramai penduduk tempatan sedang berlibur di pantai. Mula-mula kami sampai di pantai Parangtritis ini, memang agak terpegun jugalah dengan suasana yang 'happening' di sini. Serius, ramai orang dan sangat meriah. Ombak pada hari itu agak mengganas juga lah. Seram nak mandi. Pantai Parangtritis ini boleh tahan juga panjangnya. Kalau nak jalan dari hujung pantai ke hujung satu lagi, anda bolehlah naik kereta kuda yang banyak ditawarkan di sepanjang pantai ni. Seronok juga kalau layan sunset di sini. Tapi sebab kami kesuntukan waktu nak beli buah tangan di Malioboro Street, tak dan nak tunggu sunsetnya. Terus ajak supir pecut ke Malioboro.
|
Pantai Parangtritis atau lebih dikenali sebagai Pantai Pasir
Hitam |
Baca juga:
3 Comments