-->

Trip Percutian ke Yogyakarta (Day 3)

 Jurang Tembelan
Jurang Tembelan

Jurang Tembelan ni adalah satu tempat yang mempunyai pemandangan yang sangat indah dan mengagumkan. Bayaran ke sini adalah seikhlasnya dan satu box disediakan untuk anda bagi sumbangan anda. Kat sini korang bolehlah nak berpose ala-ala titanic korang tu. Saya buat tak berapa nak menjadik.hahaha. Nampak sangat kekurusan badan ku ni buat pose gitu. Outttt!!! Haha.

 Rumah Seribu Kayu dan Rumah Hobbit
Rumah Seribu Kayu

Rumah Seribu Kayu dan Rumah Hobbit ni tarikan dia untuk kita-kita yang suka ambil gambar dan pose cantik-cantik. Sangat unik juga lah kawasan ni. Probe rumah hobbit dan pondok atau rumah yang dibina menggunakan kayu atau ranting-ranting pokok. Orang-orang kat sini memang kreatif tau. Ada ja benda yang kreatif dan cantik diorang reka.
Rumah Hobbit

Hutan Pinus
Haa, kalau nak bergambar dan pose ala-ala berada di Korea, bolehlah ke Hutan Pinus ni atau lebih dikenali sebagai hutan pokok pines. Memang cantik. Dan yang tak cantik  nya bila waktu kami sampai di sini Hujan turun lebat. Haha. Tapi sempat lah rezeki kami untuk posing kat sini sebelum hujan mengejar. Agak kuyup juga lah. Bayaran masuk ke Hutan Pinus adalah ......

Cave tubing Goa Pindul dan Kali Oya
Sebenarnya aktiviti ke Goa Pindul ni telah saya keluarkan dari itinerary saya sebelum ini atas sebab tak nak melibatkan aktiviti basah. Tapi disebabkan mas ari bagitau kat Goa pindul tu cantik, so saya goyah juga lah. Haha. Kebetulan dan basah kuyup selepas kena hujan di Hutan Pinus, kami meneruskan perjalanan ke Goa Pindul dan saya terus guna baju yang dah basah tu untuk aktiviti air di Goa Pindul ni. Caj masuk ke kawasan Goa Pindul ni adalah 10,000 rupiah seorang dan caj untuk cavetubing goa pindul dan  oya adalah 150,000 rupiah seorang. Untuk korang yang sukakan aktiviti menarik dan menyaksikan panorama indah perkampungan di Yogyakarta ni bolehlah ke Goa pindul ni. Minimum masa untuk trip goa Pindul ni adalah sekitar 1-2 jam. So pandai-pandailah korang atur masa  ya. Aktiviti di Goa Pindul ni saya mintak mas ari mohon dipercepatkan atau disingkatkan masa sebab saya takut kesuntukan masa ke Pulau Timang. 

Pantai Timang @ Pulau Timang

Suasana senja di Pantai Timang
Selepas aktiviti di Goa Pindul, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Timang. Agak lewat juga kami sampai ke Pantai Timang, dah nak sunset pun. Satu sebab lewat juga, kami kena tunggu jeep untuk hantar kami ke Pulau Timanh. Sewa jeep adalah 300,000 rupiah kalau tak silap. Kalau bajet kurang boleh naik motosikal atau ojek. Tapi sangat tak digalakkan ye. Sebab jalan nak ke pulau Timang tu berbatu-batu. Waktu sampai di pantai timang dah nak senja, Rezeki saya, nasiblah pengelola gondola kat Pantai Timang tu masih buka untuk naik gondola. Patutnya dsh close kata nya. Huhu. Bayaran untuk naik gondola adalah 200,000 ruprupia Pulau Timang ni pun antara top 3 list yang wajib anda kunjungi jika ke Yogyakarta. Pemandangan kat sini, Subhanallah. Cantiknya. Betapa besar kuasa Allah.

Baca juga:

1 Comments

avatar

Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
(pakej lain sila whatsapp)

Day 1
● Tebing breksi
● Kotagede (kilang silver & chocolate)
● Sandboarding Parangkusumo
● Parangtritis beach
● Manding (leather arts)
● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

Day 2
● Merapi lava tour
● Borobudur temple
● Kalibiru

Day 3
● Timang beach
● Cave tubing pindul
● Pinus Forest
● Bukit bintang

Day 4
● Drop off to airport

Harga bermula dari:
RM 602 (ALL IN)*
RM 452 (exclude hotel)*

*kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
* kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

Pakej termasuk
● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
● Pick up & drop off airport
● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
● Supir / Pemandu
● Makan supir
● Parking
● Entrance fee sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
● Air mineral
● Insurance

Exclude:
● Flight Ticket
● Airport taxes
● Gondola ride bilamana pergi timang
● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
● Menu tambahan untuk dinner / lunch
● Tips untuk driver (seikhlasnya)

Note:
Harga dapat berubah setiap masa
Harga tidak berlaku bagi high season

>>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
>>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
>>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb



Balas delete



Emoticon