-->

Carian paling trending bagi tahun 2015 : Google Malaysia



Seperti kebiasaan, Setiap tahun Google akan berkongsi senarai carian tertinggi yang menjadi tumpuan penggunaannya di seluruh dunia. Beberapa hari yang lepas,Google Malaysia telah mengeluarkan senarai carian tahunan Malaysia, yang mengimbas tahun 2015 melalui pandangan kolektif di laman web.


Sumber: Google.com

Berikut adalah senarai 10 carian trending di Malaysia bagi tahun 2015.

  1. HRMIS 2 : Merupakan aplikasi yang dilancarkan dibawah Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia.
  2. BR1M 2015 : BR1M adalah bantuan kewangan yang diberikanoleh kerajaan setiap tahun kepada individu yang layak. Bantuan ini diberi setiap tahun kepada golongan mereka yang berpendapatan rendah.
  3. How-Old.net : Aplikasi meneka usia yang dilancarkan oleh Microsoft pada awal pertengahan tahun ini.
  4. Maharaja Lawak Mega : Merupakan sebuah Program Realiti Terbitan Astro yang menampilkan pelawak-pelawak komedi terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
  5. Fast & Furious 7 : Filem yang mendapat sambutan luar biasa pada tahun ini berikutan pemergian salah satu tonggak utam filem tersebut, iaitu Paul Walker yang meninggal pada Nov 2013.
  6. Hati Perempuan : Drama berkisarkan mengenai seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai arkitek di Syarikat Izzudin & Co. Manakala Tengku Zaril, jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia.
  7. 1USD to MYR : Mata wang Malaysia menjadi bualan hangat sejak Jun lepas disebabkan kejatuhan Ringgit.
  8. WhatsApp Web : Aplikasi WhatsApp telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan baru iaitu menghantar pesanan menerusi web.
  9. GST :  GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang telah dilaksanakan pada April 2015. 
  10. Bersih 4.0 : Perhimpunan Bersih 4.0 adalah perhimpunan yang diadakan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan susulan kenaikan harga barang serta pelaksanaan GST.





Baca juga:

0 Comments



Emoticon