-->

Aku dan Ectopic Pregnancy @ Kandungan Luar rahim

Aku dan Ectopic Pregnancy @ Kandungan Luar rahim

Ectopic pregnancy atau kandungan luar rahim. Ya Allah, Allah ITU maha besar, siapa sangka aku salah seorang hambanya yang diduga dengan kandungan luar rahim. Aku antara orang yang selalu sakit Dan aku jarang nak senang - senang serahkan diri pergi ke emergency hospital. Tapi, disebabkan aku mengalami sakit di Bahagian rahim hingga ke punggung yang kuat pada ahad lalu, aku segera bawak suami Dan adik aku pergi ke emergency hospital.

Sampai je di hospital, aku terus direfer ke unit Yellow zone untuk Rawatan selanjutnya. Waktu hari ahad ni, setelah jumpa pakar di labour ward, mereka discaj aku Dan meminta aku datamg segera balik ke Hospital sekiranya sakit bertambah teruk Dan bleeding banyak. Aku disuruh follow-up semula pada hari rabu nanti.

Perancangan untuk follow-up tu tak kesampaian apabila awal pagi selasa sekitar pukul 3.00 pagi aku memgerang kesakitan. Kali ini sakit di Bahagian rahim aku bertambah teruk hingga beberapa Kali aku minta suami aku sapukan minyak panas. Aku hanya dapat tidur baring terlentang Dan mengiring ke kiri. Namun, aku langsung tak dapat nak mengiring sebelah kanan. Dalam pukul 6.00 pagi aku dapat rasa darah mengalir Dari bawah dengan banyak. Aku angkat Dan segera pakai pad.

Dalam pukul 10.00 pagi baru aku tergerak hati pergi terus ke emergency apabila aku sukar untuk bangun Dari baring.

Dr suspek aku ectopic pregnancy Dan apabila melihatkan pada hasil scan rahim aku, Dr inform suami yang aku perlu dibuat emergency operation sebab keadaan aku dah teruk. Hanya tuhan saja in tahu APA perasaan kami suami isteri ketika itu. Mahal hebat dugaanmu ya Allah Kali ini. Aku redha mungkin belum rezeki kami Kali ini. Sebelum dihantar ke main operation theater, aku minta maaf dengan suami Dan minta halal semuanya. Waktu tu seperti aku rasa nyawa aku di hujung saja dengan sakit yang sentiasa datang menyerang.

Nasihat saya kepada para wanita di luar sana, sekiranya dah berkahwin Dan meransang untuk dapat anak, segera buat upt test Dan rujuk segera doktor anda. Dikhuatiri jika terlambat tahu mengandungi luar rahim, ia boleh mengancam nyawa anda. Serius sakit. Jangan dibuat main-main perkara ini. Doakan saya ya kawan-kawan semoga ada rezeki kami lagi selepas ini.

Baca juga:

2 Comments

avatar

takziah utk ktk. hope next pregnant kali tok menjadi n dlm keadaan sihat walafiat. takut juak kmk dgr cerita ktk. dpt kmk rasakan betapa sakitnya.

tok cara setting pembayaran google adsense melalui wire transfer: http://umikasum.blogspot.com/2016/05/pembayaran-google-adsense-melalui-wire-transfer.html

Balas delete
avatar

Terima kasih kat yumida.. amin.. moga dimakbulkan Doa kita..

Btw terima kasih juak kak sudi share cara pembayaran Google adsene ya.. nang boleh tahan ktk berblog ooo.. keep it up kak.. ;)

Balas delete



Emoticon