-->

Tanda dan Gejala Kandungan Luar Rahim

Tanda dan Gejala Kandungan Luar Rahim

Hari ini saya nak berkongsi sedikit maklumat berkaitan dengan kandungan luar rahim iaitu tanda Dan gejala Kandungan Luar Rahim.

Antara tanda Dan gejala Kandungan Luar Rahim adalah ;

1. Ujian Pregnancy Test (upt) adalah positif.

2. Scan pada minggu ke 5-6 belum nampak kantung atau foetus.

3. Sakit krem perut on and off. Sakit tersebut akan datang lagi beberapa hari kemudian dengan lebih sakit hingga anda tak mampu nak berdiri tegak. Sakit krem di Bahagian perut juga akan menyerang salah satu Bahagian badan. Macam saga, saya tidak dapat mengiring baring ke sebelah kanan. Hasil pemeriksaan Dr, tube falopio sebelah kanan saya telah pecah.

4. Bleeding sedikit disertai dengan krem perut. Bleeding makin banyak disertai dengan sakit krem di Bahagian rahim yang teruk.

5. Pada satu ketika atau kritikal , anda akan mengalami sakit krem perut yang semakin tajam disertai dengan sakit Dada Dan sakit di Bahagian bahu.

6. Kesukaran untuk bernafas. Ini disebabkan setiap Kali Tarik nafas, perut akan bertambah sakit Dan Dada Dan bahu juga makin sakit.

7. Sakit pada keseluruhan Bahagian abdomen perut setiap Kali ditekan.

Setakat ini, ini adalah antara tanda Dan gejala ketika mengandung luar rahim yang lepas. Doakan saya dimurahkan rezeki lagi selepas ini. Aminnn.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon