-->

Thanks Air Asia!!!


Assalamualaikum dan hi guys!!!

Hari ini SP sangat teruja dan super duper excited. Manakan tidak pada 21 Mac 2015, SP dapat emel promotion daripada Air Asia berkenaan 'Tempat Duduk Percuma' dan yang best nya priority atau 24 Jam akses keutamaan kepada Ahli Big Shot!!!



 Berguna juga rupa nya jadi ahli big shot ni rupa nya.. Ingat kan tiada faedah. Ok, kalau nak jadi ahli big shot boleh daftar di sini ok..  BIG SHOT AIR ASIA Boleh la godek-godek dulu, kaji apa faedah jadi ahli. Tapi setakat ini yang SP tahu, FAEDAH yang paling best jadi ahli Big Shot ini adalah apabila waktu 'Redeem from 0 point', selalunya flight dari Kuching - KL, KL- Langkawi/Penang/Johor adalah 0 point atleast untuk redeem. Maksud nya, walaupun anda hanya ada 15 points terkumpul, anda masih layak untuk redeem Flight 0 Point tersebut. Best Kan?? Anda hanya dicaj untuk cukai kapal terbang sahaja.

Lepas settle pendaftaran Big Shot anda, anda akan dapat la kad ahli seperti di atas. Actually banyak lagi faedah jadi ahli ni, tapi lain2 tu rasa macam x berapa excited nak cerita.. hehe..


So apa yang best sangat bila dapat redeem 0 point ni???? Haaaa.. Nak khabaq ni..SP,dan sefamili (Total 5 orang) dapat tiket return (pulang balik ) dari Kuching - KL - Langkawi - KL - Kuching hanya RM190. Maksudnya, kos seorang hanya RM38 selepas dicampur dengan surcaj bank. MURAH KAN??
Tapi ingin dinasihatkan kat sini, tiket ini hanya tiket semata2 ok, belum campur insuran, dan baggage. Both ni terpulang lagi kepada individu samaada nak tambah atau tidak. Selalu nya trip bajet kami ni akan tambah baggage bila masa dah nak fly nanti. Sekarang duit cukup2 je.. Hahaha.. 2 hari lagi nak gaji ni.

Ni adalah contoh print screen daripada akaun Big Shot SP sekiranya nak book flight dari KL - Langkawi. U all hanya akan dicaj untuk cukai airport je.. Murah kan.. kan..


So conclusion nya, sangat-sangat la berbaloi dan berguna anda suscribe untuk free e-news letter dari Airasia dan juga jadi ahli big Shot, so that anda tidak akan terlepas apa-apa promotion gila gempak dari Air Asia. Bagi mereka yang nak buat percutian bajet tu, digalakkan sentia mengikuti website Airasia. Kena la berkorban masa sedikit demi nak cuti bajet2 gitu.. Sapa kata orang kaya ja boleh bercuti?? heee..

Ok u all,, SP akan update new2 story di masa yang akan datang ye.

Selamat Malam


Yang tulus dan Ikhlas,

Sang Penulis @ SP
23/3/2015 @ 7:22 PM (Kuching, Malaysia)

Baca juga:

2 Comments

avatar

Mesti la..kn ko gi juak kelak..haha

Balas delete



Emoticon