-->

Pengalaman ditindih semasa Tidur


Saya tak pasti sama ada pengalaman ditindih semasa tidur ini hanya gangguan psychology ataupun benda-benda yang kita tak nampak disekeliling kita atau berpunca daripada kawasan sekeliling kediaman kita.

Saya merupakan salah seorang yang dahulunya kerap ditindih semasa tidur. Bila dikenang semula agak seram juga. Nak kata tak baca doa dulu sebelum tidur, dah baca. Mungkin mainan tidur atau gangguan psychologi? Waktu umur saya meningkat remaja dalam umur 13 tahun ke 17 tahun dan pada ketika itu kami masih tinggal di rumah lama kami di tepi sungai. Apa yang pasti, pada ketika itu saya kerap kali ditindih semasa tidur.
Paling ketara pada umur saya 16 tahun iaitu waktu tingkatan 4, di mana pada waktu tersebut saya dah menggunakan handphone dan banyak kenalan chating. Teringat pula zaman MiRc, Haha. Pada waktu itu saya mempunyai seorang kawan yang sangat lah berjimat cermat dan sangat suka menyakitkan hati yang suka nak main miscall di tengah malam semata-mata nak ganggu tidur saya hinggakan saya settingkan apabila dia miscall, bunyinya akan keluar bunyi 'beep beep' 'beep beep' sahaja. Pada satu malam tu, sekitar dalam pukul 1 -2 pagi ketika tidur saya didatangi satu kelibat gelap yang menindih saya dan kali ini lebih dahsyat siap 'dia' cekik saya. Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu, tak mampu nak menjerit dan yang pasti saya hanya mampu mengucap 'AllahuAkbar' berkali-kali di dalam hati. Saya dicekik agak lama juga hampir tiada peluang untuk meneruskan nafas terakhir saya, hinggalah handphone saya tiba-tiba berbunyi 'Beep beep' 'Beep beep' berkali-kali dan seraya itu cekikan itu dilepaskan. Dan apa yang pasti, tangan saya sendiri yang mencekik leher saya ketika itu. Allah. Bersyukur sangat sebab kawan aku yang gila tu telah menyedarkan diri ini dari gangguan tersebut.

Selepas kejadian malam itu, saya masih lagi beberapa kali ditindih semasa tidur. Gangguan ditindih semasa tidur itu kini tiada lagi semenjak kami berpindah ke rumah baru yang jauh dari tapak asal. Selepas berpindah dari rumah lama, barulah tidur saya aman tanpa sebarang gangguan. Dan apabila saya menyambung belajar di UiTM dan tinggal di Kolej Kediaman UiTM, mak lah orang yang paling kerap telefon pada waktu malam duk peringat selalu agar baca doa sebelum tidur sebab mak bimbang saya mengigau keluar dari bilik waktu tidur. Haha. Alhamdulillah, tiada gangguan sepanjang tinggal di Kolej Kediaman UiTM Samarahan. Apa yang saya nak peringatkan kepada anda, kalau ada di kalangan sahabat atau ahli keluarga kita yang kerap ditindih atau mengigau semasa tidur, kejutkan beliau.

Baca juga:

1 Comments

avatar

Itu jin yg tindih tu.. Mudah je nk elakkan.. Kibas tilam sblum tdo dengan niat sambil baca auzubillah.. Jgn tdo bogel..atau sexy sangat.. Pastu pastikan hafal ayat kursi..sekiranya kena tindih baca ayat ni..dengan niat jin tu terbakar.. Insyaallah dengan izin Allah jin boleh terbakar ..biar padan muka jin tu..ok.

Balas delete



Emoticon