De'Ketam Cafe terletak di Sematan, Lundu . Saya berpeluang untuk makan tengahari di De' Ketam Cafe pada hari Khamis yang lepas. Agak pelbagai juga menu di sini. Antaranya masakan ketam, ikan masak kari, sotong goreng tepung, siput sedut masak kicak, tempoyak goreng, sambal duyak (sotong besar), pucuk ubi masak lemak, pucuk paku dan lain-lain lagi menu yang mampu menambat selera anda.
Apa yang menariknya menu di sini adalah, menu nya yang bercirikan ala kampung. Saya ni memang dah rambang mata bila time nak pilih lauk apa nak ambil. Last-last saya ambil lauk sotong goreng tepung, siput sedut kicap dan pucuk ubi masak lemak. Kalau boleh, nak je rasa semua menu-menu kat sini. Semua mengiurkan. Oklah, harga untuk menu yang saya pilih termasu harga secawan air teh tarek adalah RM9.00. Bagi saya harga tu berbaloi dan menunya pun sedap. Jadi memang sangat berbaloilah harga tu.
Jadi, buat anda yang bakal pergi bercuti ke Lundu, bolehlah singgah sebentar di De' Ketam Cafe ni di Sematan ye.
0 Comments