Sharing Downtown yang terletak di Ban Hock adalah salah satu tempat makan di Kuching yang menyajikan menu-menu western atau makanan barat. Dan lokasi kedai makan ini berdekatan dengan Annuar Steamboat dan D11.
Kebiasaannya, menu yang menjadi pilihan saya jika ke sini adalah Mix Grilled yang dah pun naik harga ke RM32 berbanding dahulu RM28. Apa yang specialnya tentang Mix Grilled ini adalah terdapat pelbagai sajian di dalam satu pinggan iaitu adanya chicken chop, lamb chop, fish fillet, big sausage, dan special potato yang bersoskan black pepper. So far, saya berpuas hati dengan menu mix grilled ini sebab portionnya yang banyak dan berbaloi dengan harganya.
0 Comments