-->

Petua dan Tips Menghilangkan Kelemumur


Kelemumur atau lebih popular dipanggil dandruff adalah salah satu masalah yang dihidapi hampir 79% wanita dan lelaki seluruh dunia. Bagaimana kelemumur ini boleh ada di kepala kita? Antara salah satu faktor penyebab kehadiran kelemumur di kepala kita adalah disebabkan penjagaan rambut atau kulit kepala yang tidak sempurna. Di samping itu, keadaan cuaca dan stress juga boleh menjadi salah satu penyebab kepada kelemumur. Masalah kelemumur yang tidak dirawat boleh menyebabkan kepada keguguran rambut dan seterusnya boleh menyebabkan kepala anda menjadi semakin kurang rambut dan botak! Awas!

Cegah Kelemumur.
Sumber: toodia.my


Pada masa kini, terdapat banyak produk di pasaran yang khusus bagi merawat dan mencegah masalah kelemumur. Bagi produk seperti Syampu anti-kelemumur yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran membolehkan kita memilih produk mana yang paling sesuai dengan kita. Setiap orang lain-lain kondisinya dan tidak sesuai dengan sesuatu produk itu. 

Selain produk, antara petua dan tips yang boleh menghilangkan dan mencegah kelemumur adalah:

  • Menggunakan Limau Nipis. Ketika mencuci rambut, anda boleh melumur limau nipis yang telah dipotong dua ke kulit kepala. Ketika melumur, kulit kepala akan berasa sedikit pedih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah masalah kelemumur akan berkurang.
  • Menggunakan Yogurt. Cuma bilas rambut dengan air dan kemudian sapukan yogurt ke atas kulit kepada dan biarkan untuk 10 - 15 minit. Selepas itu, bilas bersih rambut anda. Jika perlu, guna sedikit syampu untuk membersih sisa yogurt.Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Menggunakan Minyak Kelapa. Minyak kelapa diperakui mempunyai banyak kegunaan dan manfaat. Antaranya adalah bermanfaat dalam membantu menghilangkan kelemumur. Selepas mencuci rambut dan mengeringkan, Sapukan minyak kelapa pada permukaan kulit kepala dan biarkan untuk beberapa minit. Selepas itu, bilas dengan air yang bersih. Amalkan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon