Powered by Blogger.

Aplikasi Blogger di Playstore Mudahkan Untuk Kemaskini Blog

Aplikasi Blogger di Playstore Mudahkan Untuk Kemaskini Blog

Salah satu aplikasi yang saya download Dari Playstore iaitu 'Blogger' memudahkan kerja-kerja mengemaskini blog saya ini.
Dengan ada nya aplikasi Blogger di smartphone saya, ia memudahkan saya untuk mengemaskini akaun blog saya. Selain itu, saya boleh sentiasa mengemaskini blog saya pada bila-bila masa Dan di mana sahaja. Seperti sekarang, saya membuat post ini sambil menonton movie Kuch Kuch Hota Hei di TV3. Sangat mudah Dan membantu saya menaip post ini dengan lebih pantas.

Aplikasi Blogger ini anda boleh muat turun secara percuma di Playstore. Hanya dengan membuat carian 'Blogger' Dan klik pada tab 'Install'.

Salah satu kelemahan  aplikasi ini adalah,  untuk edit post adalah sangat terhad. Anda hanya dapat post 1 gambar Dan menaip post sahaja. Selain Dari itu, anda kena log in melalui website Google Dan Kemaskini semula post yang telah anda publish melalui aplikasi Blogger di smartphone anda.

Apa-apa pun, aplikasi Blogger ini telah banyak membantu saya dalam mengemaskini blog saya. Sebabnya, laptop saya rosak Dan buat masa sekarang saya hanya bergantung dengan smartphone sahaja.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Aplikasi Blogger di Playstore Mudahkan Untuk Kemaskini Blog"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top