Powered by Blogger.

Resepi Kek Kukus Horlicks Coklat

KEK KUKUS HORLICKS COKLAT

Resepi kek kukus Horlick Coklat ini perolehi Dari fanpage fb 'Seharum Dapur Bonda KC'. Belum berkesempatan lagi nak mencuba resepi ini sebab masih on sickleave. Insyaallah perancangan nak raya nanti, saya nak buat kek ini. Just simpan kat sini dahulu untuk mudahkan rujukan saya nanti. Mohon halalkan resepi ini buat empunya resepi ye.

Sumber: Fanpage FB 'Seharum Dapur Bonda KC'


Bahan-Bahan
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g Horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum


Cara-Cara:

1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.

2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim.

3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji, pukul sebati baru tambah sebiji lagi).

4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati.

5. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan).

6. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian. Bahagian 1, massukkan Horlicks, kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.

7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus. Kukuslah berselang-seli warna sehingga habis. Setiap lapisan mengambil masa 6 minit (bergantung kuat atau perlahannya api dapur)

8. Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Kek Kukus Horlicks Coklat"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top