-->

Fungsi dan Kebaikan Co-Enzyme-Q10 (CoQ10)

Fungsi dan Kebaikan Co-Enzyme-Q10 (CoQ10)

Saya merupakan salah seorang insane terpilih yang mempunyai masalah jantung iaitu 'Mitral Valve Prolapse '. Dan berdasarkan pembacaan saya dari internet, Co-enzyme-Q10 (CoQ10) dapat membantu dalam membekalkan tenaga kepada jantung. Selain itu, disebabkan kami suami isteri merancang untuk mendapatkan zuriat, suami saya juga turut mengamalkan CoQ10 untuk membantu dalam kesuburan lelaki. CoQ10 membantu dalam membekalkan tenaga kepada sel-sel sperms untuk bergerak lebih aktif. Sorry, saya lebih suka guna ayat yang tidak terlampau saintific bagi memudahkan pemahaman kita.

Antara Fungsi Dan Kebaikan CoQ10 adalah seperti berikut:

1. Sebagai anti-oksidant yang sangat baik.
2. Membantu dalam mengawal dan merawat sakit jantung. Kandungan Coenzyme Q10 didapati sangat banyak di dalam sel-sel jantung. Hal ini kerana jantung melakukan tugasan berat dan ia memerlukan tenaga yang banyak.
3. Mengawal kencing manis
4. Merawat kemandulan lelaki (menambah sprem count)
5. Menambah tenaga. Yang ini memang diakui berkesan. Kerana menurut suami, setelah mengamalkan coQ10, beliau tidak sakit badan Dan letih apabila bangun Dari tidur setiap pagi.
Mana nak dapat kan CoQ10 ini? Anda boleh pergi ke farmasi,guardian atau Watson Dan cari sahaja coQ10. Terdapat banyak brand coQ10 kat sana. Tinggal anda nak pilih mana yang berbaloi-baloi untuk anda.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon