Cara Deposit Cek di Maybank Melalui Mesin Deposit Cek
Cek Bayaran dari Nuffnang yang saya terima sebulan yang lepas baru berkesempatan nak di depositkan melalui mesin di Maybank.
Boleh ke nak deposit cek yang dari bank lain masuk ke akaun bank lain? Of course Boleh sayang. Misal contoh situasi saya adalah, Cek guna atau atas nama HSBC Bank, tapi saya nak depositkan cek masuk ke akaun Maybank saya. Jadi saya hanya perlu isi maklumat di belakang cek tersebut dengan mengisi maklumat nama, nama bank dan nombor akaun bank tersebut. Pergi ke mesin deposit cek bank akaun Maybank dan depositkan cek tersebut dengan mengikut arahan di mesin tersebut.
Mula sekali anda akan diminta untuk isi maklumat akaun dan nilai cek dan seterusnya masukkan cek ke dalam mesin, selepas berjaya, anda akan diberi satu salinan resit deposit cek yang terdapat scan gambar cek anda pada resit tersebut. Mudah sangat.
Cara Deposit Cek di Mesin Deposit |
1 Comments