-->

Cara Elak Diri Digigit Nyamuk Aedes

Cara Elak Diri Digigit Nyamuk Aedes

Nyamuk Aedes
Sumber Gambar: https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Aedes

Sebabnya malam ini aku banyak idea nak mengarang, jom aku kongsikan serba sedikit ilmu yang aku tahu Cara Elak Diri Digigit Nyamuk Aedes. Actually semua jenis nyamuk, saja ja aku nak HIGHLIGHT kan spesies nyamuk Aedes tu since spesies ni yang tengah famous sekarang sebab boleh transmit atau menyebarkan virus denggi dan juga ZIKA. BAHAYA SPEDIES NYAMUK NI!

OKLAH,  CARA NAK ELAK DIRI DARIPADA DIGIGIT NYAMUK AEDES adalah:

1. Elakkan keluar atau berada di luar rumah pada awal pagi dan senja iaitu sekitar jam 5 pagi hingga 8 pagi dan 5 petang hingga 8 malam. Please, please lah elakkan diri korang terutama yang ada anak kecik tu, jangan keluar pada 2 tempoh masa yang aku bagitau tu. Sebab dua tempoh waktu tu, spesies nyamuk Aedes ni TERSANGAT AKTIF dalam mencari mangsanya.

2. Tutup tingkap dan pintu ketika dua tempoh waktu di atas bagi mengelakkan nyamuk Aedes masuk ke dalam rumah dan seterusnya menghisap darah dari kaki tangan korang yang halus mulus tu.

3. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang bagi mengelakkan digigit nyamuk.

4. Menggunakan repellen nyamuk bagi menghindar diri digigit nyamuk. Sangat digalakkan pakai jika korang nak Travel ke tempat yang tinggi jumlah kes denggi atau Zika.

5. Tidur menggunakan kelambu. Yang ni memang cara klasik tetapi sangat berkesan. Sekurang-kurangnya korang boleh tidur dalam keadaan tenang dan selamat dari nyamuk.

6. Guna lingkaran ubat nyamuk untuk elak nyamuk. Ni pun salah satu cara klasik. Tapi awas, jangan sampai terbakar rumah pulak, pastikan lingkaran ubat nyamuk ni dipasang ditempat selamat dan jauh dari langsir atau bahan mudah terbakar.

7. Sembur Spray Nyamuk seperti Ridsect untuk membunuh nyamuk jika didapati atau suspek ada nyamuk dalam rumah. Berkesan untuk membunuh nyamuk pembawa denggi dan Zika. Awas, kalau nak sembur dalam bilik, pastikan semua individu keluar dari bilik, dan boleh sembur terlebih dahulu spray nyamuk dan tutup pintu bilik . Tunggu lebih kurang 10 minit selepas disembur spray, barulah anda masuk beradu di dalam bilik ye.

8. Ada satu lagi alat untuk cegah nyamuk tu keluaran Ridsect juga, dia ala-ala kertas yang dipasang dan diletak berhampiran tempat tidur. Lupa pula nama benda tu. Berkesan juga untuk mencegah nyamuk.

9. Pasang NETTING pada tingkap dan pintu untuk elak nyamuk masuk ke dalam rumah. Cara ni memang berkesan just korang kena keluarkan kos sedikit untuk pasang NETTING pada semua tingkap dan pintu. Rumah selamat sebab bukan saja nyamuk tak boleh masuk, segala jenis binatang berbisa juga boleh dielakkan daripada masuk ke dalam rumah.

10. Hapuskan semua tempat pembiakan nyamuk di kawasan rumah anda dan kawasan sekitat. Semua tips di atas tak guna juga kalau kawasan rumah anda penuh dengan tempat pembiakan nyamuk. Ingat, cara nombor 10 ini adalah cara paling BERKESAN dalam memastikan TIADA LANGSUNG NYAMUK AEDES DI KAWASAN KEDIAMAN KITA. pentingnya kerjasama semua orang dalam memastikan kawasan kediaman dan sekitar BEBAS dari tempat pembiakan Nyamuk Aedes.

Setakat ni, 10 cara ni yang aku tahu dapat membantu dalam mengelak digigit nyamuk aedes ni. Semoga perkongsian aku ni, bermanfaat buat semua.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon