Pulut Panggang Sibu The Best!
Ya Allah, tiba-tiba terliur pulak nak makan PULUT PANGGANG SIBU ni. Setakat ni, paling WIN dan paling sedap pulut panggang yang dijual adalah pulut panggang yang dijual di Bandaraya Sibu, Sarawak.
Memang dari dulu lagi, kalau ada famili yang pergi ke Sibu, pasti ada ole-ole pulut panggang Sibu ni. Dari sejak itu aku minat sangat dengan pulut panggang Sibu ni.
Pulut panggang ni ada 2 jenis, satu yang kosong sahaja yakni pulut semata-mata dan satu lagi pulut yang berinti. Yang berinti pun sedap, yang kosong pun sedap. Harga pulut kosong atau biasa adalah RM1 satu manakala pulut panggang yang berinti RM1.50. Mungkin lain gerai lain harganya ya.
Kalau korang ada berkunjung ke Sibu, pastikan korang rasa pulut panggang ni. Memang sedap. Aku boleh makan sampai 5-6 pulut panggang ni seorang. Gila pulut betul. Haha.
Ingat Sibu, ingat PULUT PANGGANG!!!
Pulut Panggang Sibu |
0 Comments