Kos Stamp Duty Untuk Perjanjian Rumah Sewa
1/9/2016 yang lepas , saya pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuching bagi membuat Stamp Duty untuk Perjanjian Rumah Sewa kami.
Proses permohonan untuk membuat Stamp Duty ini tidak lah serumit yang saya sangka. Memang totally saya zero pasal stamp duty ni. Terus pergi ke kaunter nombor dan tanya Pak guard di situ, bagaimana nak buat stamp duty untuk Perjanjian Rumah Sewa. Terus Pak guard tu bagi borang seperti dalam gambar dan just ikut panduan isi borang bahagian mana yang perlu diisi. Setelah selesai isi borang tu, datang semula kat pak guard tu dan ambik nombor giliran.
Bila giliran nombor saya, saya serahkan perjanjian rumah sewa tu beserta dengan salinan untuk penyewa. Total kos stamp duty saya adalah RM64 + RM10 untuk salinan tambahan.
Cara pengiraan kos stamp duty ni juga tidak susah. Boleh guna format di bawah;
[(Sewa sebulan ×12)-2400]/250× Bil. Tahun sewa
Sebagai contoh, kadar sewa bulanan rumah sewa kami adalah RM850, dan perjanjian sewaan adalah selama 2 tahun, jadi cara pengiraan adalah seperti di bawah;
[(Rm850×12)-2400)/250]×2
[Rm7800/250]× 2
Rm31.2×2
Rm62.40
Kos stamp duty adalah Rm62.40.
Tambahan RM10 bagi setiap satu salinan tambahan yang mahu di stamp duty juga.
Saya pun tak tahu kenapa kiraan kat lhdn jadi rm64. Tak sempat pulak bertanya Ngan dia orang aritu. Dokumen perjanjian rumah sewa saya tidak dicop stamp duty tu, tapi hanya dikepilkan salinan bukti stamp duty telah dibuat .
Haishh ..apa-apa pun hope perkongsian saya ini dapat jadi panduan buat korang yang tengah tak tahu mana nak mula berkenaan dengan stamp duty perjanjian sewa rumah ni.
0 Comments