Cara Kira Caj Kos Poslaju di Website Pos Malaysia
Cuak bila nak pos kotak barang kepada adik yang berada nun jauh di KL. Berat kotak anggaran 3.8 kg. Dalam kepala memang dah terbayang mesti mahal ni kos nak pos.
Jadinya, saya terus ke website Pos Malaysia iaitu www.pos.com.my untuk membuat kiraan anggaran kos pos barangan ni. Jom saya sertakan langkah-langkah nak buat kiraan kos pos laju ni.
Langkah-langkah:
1. Masuk ke website www.pos.com.my
2. Klik pada Postal Service
3. Klik pada Calculate Postage
4. Mail Types, anda klik pada Pos laju
5. Masukkan amaun berat kotak yang hendak dipos. Macam saya, berat kotak adalah 3.8 kg.
6. Type of zone, pilih dari mana dan ke mana anda nak poskan barangan tersebut. Contohnya saya nak pos kotak dari Kuching, Sarawak ke Kuala Lumpur, saya klik pada 'between Peninsular Malaysia and Sarawak'. Kemudian tekan SUBMIT.
7. Akan keluar paparan anggaran amaun caj yang perlu dibayar sekiranya anda nak guna perkhidmatan pos laju. CAJ BAGI PARCEL SAYA ADALAH RM48.36. Namun demikian, ketika di pejabat pos, amaun tersebut menjadi RM50.00+- , mungkin caj pemprosesan barangkali.
Tags:
#Reviews#tips online
0 Comments