Powered by Blogger.

Hadiah Birthday Untuk Cik Puan Sang Penulis

Alhamdulillah. Pada 11 Februari 2017 yang lepas genaplah umur saya 29 tahun. tinggal satu tahun lagi untuk menginjak usia ke 30 an. Cepat betul masa berlalu. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana saya masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik hingga kini.

Sempena ulang tahun kelahiran saya pada tahun ini, encik suami telah belanja beli kasut Nike. Haha. Macam tau tau jak bini dia ni mengidam nak pakai kasut untuk travel ke Sabah. Malam 10 februari, kami berdua pergi ke Wisma Saberkas untuk membeli selfie stick. Kebetulan lalu depan kedai GSM sana dan tengok kasut. Terus cakap dengan husband, ehh jum tengok kasut. Saja nak usya sebenarnya. haha. Atlast, macam rezeki pulak, bila husband cakap nak hadiahkan kasut kat saya. Dengan syarat tidak melebihi bajet yang diberi. Rezeki jangan ditolak beb, dan bala jangan dicari.

Cari punya cari dan cuba punya cuba, akhirnya saya berkenan dengan kasut Nike hitam. Design cantik dan yang penting sekali ianya sangat selesa dipakai. Rasa tak menyabar pula nak melaram ke Sabah pakai kasut baru. yelah, sebelum ni, saya prefer guna palm shoes sahaja. Tapi kali ni, nak beralih angin pulak.

Haa, di atas ni adalah kasut Nike yang saya pilih. Masih ber tag harga lagi, sebab time ni capture gambar untuk send dengan adik beradik. Nak mintak opinion mereka mana lagi cantek. Haha. Nampak sangat bukan tak boleh buat keputusan sendiri. En suami cakap kasut nike yang color hitam kelabu lagi cantik, tapi mata saya tengok biasa sahaja. Kasut hok hitam putih ni juga yang menambat jiwa saya dan setelah mendapat undian penuh daripada adik beradik. 

Thanks sayangku atas kesudian menaja Kasut untuk travel bajet saya pada 11 Februari hingga 13 Februari 2017. 
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Hadiah Birthday Untuk Cik Puan Sang Penulis"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top