Powered by Blogger.

Review Prominade Service Apartment, Kota Kinabalu

Review Prominade Service Apartment, Kota Kinabalu

Hari kedua saya di Sabah 12/2/2017, saya dah pun booking untuk penginapan di Prominade Service Apartment (Studio Suite), harga RM98 per malam. Saya gerak dari Kundasang dalam pukul 2 petang dan sampai di Prominade nak dekat pukul 5 petang juga.

Jenuh juga nak mencari apartment ni. Ingatkan di building depan yang bertentangan dengan shopping complex tu, rupanya untuk studio suite, bangunannya terletak di belakang. So jalan tak sama. Kaunter service prominade ni pula terletak betul-betul bersebelahan Hong leong bank, jln api-api.

Sebelum check in, saya ingatkan bilik studio ni kecik, rupanya besar juga. Not bad la, siap ada pantry sekali. Bila la pulak aku ni nak memasak.haha. kondisi bilik pun cantik dan bersih. Kiranya memang puas hati lah. Berbaloi dengan bayar rm98 tu.

Satu saja yang tak best dengan Prominade Service Apartment ni, kaunter service dia terletak jauh dari blok tempat kami menginap. So bila nak keluar, kena cop tiket parking kat kaunter, so jenuh juga kah nak menapak. Nak kata jauh sangat tu taklah, tapi macam pelik. Sebab selalu kalau nak check in check out, kaunter di lobi je.
So far semua ok. Puas hati. Yang penting bilim bersih dan tak berbau.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Review Prominade Service Apartment, Kota Kinabalu"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top