-->

Resepi Agar-agar Milo

Resepi Agar-agar Milo


Agar-agar Milo

Sempena Raya Haji lepas, aku sempat buat agar-agar Milo sebagai pencuci mulut kononya di pagi raya Haji. Dan sambil tu boleh juga untuk sedekah kat sanak saudara jiran tetangga. Haha. So kena buat lebih sikit lah. Resepi aku ni agak banyak tau, agak-agak untuk 3 acuan 8x8. Agak-agak korang lah ye.

Resepi Agar-agar Milo

100 gram agar-agar
4500 ml air
1 tin susu cair
1 sudu besar susu pekat
2-3 sudu besar gula (tahap kemanisan ikut korang, kalau aku memang kena manis lah, kalau tak tawar agar-agarku)
2 helai daun pandan
4 sudu besar Milo


Cara-cara membuat:


  1. Rebus air dan diletakkanagar-agar, dan daun pandan yang disimpul ke dalamnya. Tanak hingga mendidih.
  2. Masukkan Milo, kacau rata
  3. Masukkan gula, susu cair, susu pekat. Rasakan dulu cukup rasa dan manis ke tidak. Kalau kureng, tambah lagi. 
  4. Dah sebati semua adunan, sediakan acuan yang direndam dalam air (Rujuk gambar) dan tuang adunan/larutan agar-agar Milo ke dalam acuan. Tunggu hingga sejuk. Dah cukup sejuk, bolehlah, tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk. Bila dah sejuk tu, haaa, bolehlah dipotong dan sedia untuk dingap.
Agar-agar Milo


Selamat mencuba. :)

Baca juga:

0 Comments



Emoticon