Resepi Sup Tulang Daging
Bahan-bahan:
1 kg Tulang Daging
3 cm halia
1 biji bawang bombay
7 ulas bawang putih
1 batang serai
10 biji lada hitam
Rempah tumis
Daun sup (saya guna daun sup dayak yang aroma nya lebih kuat)
Garam secukup rasa
- Rebus tulang daging terlebih dahulu hingga mendidih.
- Tumbuk lumat bawang bombay, bawang putih dan halia.
- Tumbuk ala kadar je serai (Yang ni saya tak tau nak cakap macamana...haha)
- Bila daging dah lembut, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi termasuk serai. Masukkan juga rempah tumis.
- Tumbuk halus lada hitam dan masukkan dalam rebusan tadi.
- Perasakan garam.
- Masukkan daun sup dayak. Siap!!
Saya suka sup masak cara ni, sebab tak berminyak sangat. Ingat, kurangkan minyak dalam masakan. Dahlah daging korban ni boleh tahan kuat juga lemak nya. Selamat mecuba ye kawan-kawan. Resepi ni sangat mudah dan sedap. Cubalah
0 Comments