Terima Bayaran KELIMA Pendapatan Google Adsense
Penghujung bulan Julai 2017 yang lepas, pendapatan google adsense aku dah pun mencapai 100$ lebih. Ini bermaksud, paa 21-23 Ogos aku akan terima bayaran pendapatan google adsense terus ke dalam akaun bank Maybank.
Pendapatan Google Adsense yang telah dikredit masuk ke dalam akaun Maybank saya pada 23 Ogos 2017 |
Happy rasanya bila kita ada pendapatan sampingan ni. Sekarang, setiap 2-3 bulan aku akan dapat pendapatan sampingan ni. Syukur juga, walaupun taklah sampai 1k , sekurangnya ada. Siapa nak bagi kan? Sekarang ni, aku kena usaha lebih lagi, sebab ranking blog aku agak turun dan suram muram. Yelah, disebabkan agak sibuk dengan kerja hakiki, aku tak dan nak update blog selalu. Kalau ada pun masa Sabtu Ahad sekarang ni, aku lebih kepada nak rehat.
Nasihat aku kepada adik akak kat luar sana, kalau nak berjaya atau dapat pendapatan sampingan dengan blog ni, kena rajin cari ilmu dan kena kuat semangat sikit. Macam aku sekarang, bukan kurang semangat, tapi lebih kepada takda masa. Penat yo dengan kerja hakiki. Yang pasti kerja hakiki kena diutamakan. Itu yang penting.
0 Comments