Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan zuriat atau cahaya mata daripada perkongsian hidup mereka. Daripada pengalaman penulis sendiri, penulis juga masih menantikan rezeki dikurniakan zuriat bagi menyerikan kehidupan kami suami isteri. Untuk pengetahuan semua, dari ketika entri ini ditulis usia perkahwinan sudah pun menginjak ke tahun ke 4 kami bersama. Rezeki Allah, kami menerima berita gembira pada Mei 2015 yang lepas, apabila ujian 'Urine Pregnancy Test' penulis menunjukkan 'Double lines' yang bermaksud Positif untuk Ujian kehamilan tersebut.
Di kesempatan ini penulis ingin berkongsi antara tips yang diamalkan oleh penulis sepanjang usaha untuk hamil. Diharap perkongsian ini dapat membantu pasangan di luar sana dalam usaha untuk hamil.
Antara Tips untuk hamil:
Tips hamil #1 - Dapatkan berat badan yang Ideal
Sekiranya anda (isteri) mempunyai berat badan yang obese ataupun terlalu kurus, anda dinasihatkan untuk menurunkan berat badan terlebih dahulu (bagi yang obese) dan menambahkan berat badan (bagi yang terlalu kurus) bagi mendapatkan berat badan yang ideal.
Tips hamil #2 - Amalkan Makan Asid Folic
Sekiranya anda dalam proses untuk hamil, anda dinasihatkan untuk mengamalkan asid folic sebiji sehari. Asid folic ini berfungsi untuk menyuburkan rahim. Daripada pengalaman penulis sendiri, memakan asid folic mampu menaikkan selera makan dan ini membantu dalam proses penulis sendiri dalam usaha untuk menaikkan berat badan.
Tips hamil #3 - Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari
Minum banyak air kosong iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Kekurangan air dalam badan mampu menjejaskan kesihatan dan kesuburan seseorang individu.
Tips hamil #4 - Elak Makan Makanan Segera atau 'Fastfood'
Makanan segera adalah sangat tidak berkhasiat dan kerap memakan makanan segera boleh memudaratkan kesihatan. Sebab utama anda tidak dibenarkan untuk makan makanan 'fastfood' sekiranya ingin hamil kerana 'fastfood' mengandungi banyak bahan tambahan yang boleh menjejaskan sistem kesihatan kita.
Tips hamil #5 - Mengamalkan Makan Taugeh
Di samping itu, taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu menghasilkan sperma yang lebih baik.
Tips hamil #6 - Berurut Peranakan dengan Bidan atau tukang urut yang mahir
Dalam usaha untuk hamil juga, penulis juga berikhtiar dengan berurut dengan seorang tukang urut yang mahir dalam bidang urutan. Berurut juga mampu menghilangkan stress dan membuang angin daripada badan.
Tips hamil #7 - Elakkan makan makanan yang 'Tajam'
Antara makanan yang mesti anda elakkan adalah NANAS, air tebu, dan air kelapa.
Tips hamil #8 - Amalkan minum susu kambing dan kurma
Kami suami isteri juga turut mengamalkan meminum susu kambing dan kurma. Mengamalkan susu kambing dan kurma dapat membantu dalam menyuburkan rahim wanita dan meningkatkan kesuburan lelaki.
Tips hamil #9 - Kerap bersama ketika Waktu Subur
Pentingnya untuk para wanita mengetahui bila waktu subur mereka. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal (28 - 32 hari), waktu subur mereka adalah di antara hari ke 11 hingga hari ke 19 selepas hari pertama haid terakhir. Kerapkan bersama iaitu make love bersama suami sekurang-kurangnya selang masa 2 hari sekali.
Tips hamil #10 - Alert dengan Lendir atau mukus seakan-akan putih telur
Wanita perlu alert dengan sebarang perubahan pada diri mereka. Antaranya dengan sentiasa alert dengan kehadiran lendir atau mukus seakan-akan putih telur pada seluar dalam. Kehadiran lendir seakan-akan putih telur ini adalah petanda anda dalam FASA SUBUR. Jadi, lebihkan masa untuk bersama suami anda.
Tips hamil #11 - Doa, Doa dan Doa Kepada Pencipta Anda
Bagi kita yang beragama islam, senjata utama adalah DOA. Ya doa kepada pencipta kita iaitu Allah s,w.t. Jangan berputus asa dan lebihkan doa anda. InsyaAllah doa kita akan dimakbulkan Allah suatu hari nanti.
Tags:
#Tips hamil
0 Comments