-->

Tips Tingkatkan Pendapatan Google AdSense

Tips Tingkatkan Pendapatan Google AdSense


Disini saya dengan rendah hati untuk berkongsi sedikit tips bagi meningkatkan pendapatan Google AdSense anda. Walaupun pendapatan AdSense saya tidaklah semeriah pendapatan AdSense blogger yang lebih otai dan berpengalaman, saya tetap nak share juga sedikit ilmu yang telah saya pelajari setelah beberapa research yang saya buat. Semoga anda dapat sedikit sebanyak ye tips yang saya kongsikan ni.


Antara tips untuk tingkatkan Pendapatan AdSense anda adalah:

1. Tingkatkan Trafik Pengunjung ke Laman Web atau Blog anda. Semakin tinggi trafik, semakin cerah peluang untuk meningkatkan pendapatan adSense anda. Trafik yang tinggi, berkemungkinan untuk memperoleh lebih banyak klik juga adalah tinggi.

2. Letakkan Iklan AdSense anda dalam 'Blog Post' anda. Dengan menempatkan iklan AdSense anda pada konten atau artikel anda, potensi untuk anda menjana lebih income dari adsense juga adalah tinggi. Anda boleh copy code iklan adsense anda dan paste pada artikel atau blog post.

3. Sentiasa mengeluarkan Artikel Baru yang berkualiti dan secara konsisten. Pastikan anda sentiasa mengemaskini laman web atau blog anda, dan kerap menyiarkan artikel baru bagi menarik lebih banyak trafik ke blog anda.


4. Menulis artikel yang ramai orang cari atau isu semasa yang baru. Contohnya, mengenai penemuan Gua Baharu di Kepulauan Borneo Sarawak. Peluang untuk blog anda berada di ranking teratas adalah tinggi kerana anda adalah antara orang terawal mengeluarkan artikel berkenaan.

5. Menulis artikel yang berkualiti. Artikel yang berkualiti dan bermanfaat seperti Tips Blogging membolehkan pengunjung sentiasa berkunjung ke laman web anda untuk mendapatkan info dan tips terbaru dalam blogging.

6. Aktifkan Mobile Template on Mobile Devices. Anda hanya pperlu pergi ke 'Template' dan aktif kan 'Mobile Template'. Ini penting agar blog anda mudah untuk diakses oleh pelayar yang menggunakan smartphone.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon