-->

Parasailing di Pulau Sapi


Ini cerita tikam belakang punya. Ada kerajinan sedikit di hari Ahad ni sebelum kasi pulun kerja berterusan sehingga hujung bulan ni. Buat sesiapa abang kakak yang akan bercuti di Sabah dan nak ke Pulau-pulau di Sabah, bolehlah main parasailing di sana nanti.

Untuk parasailing di Pulau Manukan ni, saya beli sekali pakej dengan trip ke 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Rajin-rajin lah survery di kiosk-kiosk yang ada di Jetty Jesselton. Survey punya survey saya dapat harga lebih kurang yang saya dapat sebelumnya (offer dari orang sewa kereta - RM280)  iaitu RM251 untuk pergi ke 3 pulau termasuk snorkeling set dan pakej parasailing untuk 2 orang. Berbaloi-baloi. Untuk info lebih lanjut korang boleh baca post saya sebelum ini di post TRIP KE PULAU SAPI, PULAU MANUKAN DAN PULAU MAMUTIK.

Best ke tidak main parasailing ni?? Haishhh dah nama nya kita berada di awangan sambil cuci mata kat atas tu tengok keindahan sekitar pulau, memang SYIOK habis lah. Try la. Rugi betol dah bercuti tapi tak cuba apa-apa aktiviti di Pulau-pulau di Sabah ni. Yang pasti percutian ke Sabah memang SYIOK.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon