Powered by Blogger.

Rawatan Sakit Tekak - Difflam Lozenges


Rawatan Sakit Tekak - Difflam Lozenges

Difflam

Dalam raya ke 8 lepas aku teruk kena demam dan sakit tekak. Aku terus ke farmasi satok untuk beli lozenges jenama MAC color purple. Tapi out of stock pulak. So aku tanya la orang farmasi tu ada tak lozenges lain yang ok macam MAC, dia pun suggest Difflam ni. 

Nak tak nak aku beli juga sebab tak tahan dah dengan perit tekak aku ni. Keluar je terus dari farmasi tu aku terus makan difflam ni, ala makan ala-ala korang kemam gula-gula la.

Aku just makan untuk 4 bijik lozenges tu, untuk dua hari, sakit tekak aku dah pun sembuh. Alhamdulillah. Kalau tak, perit aku tidor malam tau. Memang ngasi la difflam ni bak kata orang sarawak. Ngasi tu maksudnya sesuai atau mujarab gitu.

Harga difflam lozenges ni pun taklah mahal. Harga dalam RM6-10 kalau tak silap aku. Ni pun aku ada lebih banyak lagi ni. Untuk standby sapa-sapa lagi yang sakit tekak nanti.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Rawatan Sakit Tekak - Difflam Lozenges"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top