Powered by Blogger.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal RABIES

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal RABIES

Sekarang ini dah jadi topik hangat di Sarawak apabila terdapat beberapa lokaliti di daerah Serian dan Kuching diisytiharkan sebagai tempat wabak Rabies. Sesebuah lokaliti tersebut akan diisytiharkan sebagai tempat wabak Rabies apabila dikesan terdapat anjing yang positif Rabies di tempat tersebut.

Jadi, orang awam yang tinggal di kawasan berdekatan dengan tempat yang positif Rabies perlulah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti Rabies. Bagaimana nak elak?? Dah semestinya anda kena peka dengan sekeliling anda dan sekiranya terdapat anjing yang nampak seperti sakit dan mempunyai gejala Rabies, anda boleh segera menghubungi pihak berkuasa tempatan ataupun pihak veterinar. Hati-hati dan elakkan daripada digigit anjing atau kucing terutama di kawasan wabak Rabies.

Bagaimana pula kalau anda digigit anjing atau kucing????
Haa. Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan mencuci luka gigitan dengan menggunakan air mengalir selama lebih kurang 15 minit. Cuci luka menggunakan sabun. Dah cuci, anda perlu mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan terdekat. Jangan tangguh tau. Abaikan cuci luka guna air mengalir sekiranya luka gigitan adalah dalam dan terdapat pengaliran darah yang banyak. Anda perlu tekap atau tutup luka dengan kain bersih dan segera ke klinik untuk rawatan.


Bagi orang awam yang ada membela anjing atau kucing, anda perlu menvaksinkan haiwan peliharaan anda. Walaupun kucing atau anjing anda sudahpun divaksin, anda tetap perlu mengurung anjing atau kucing tersebut di dalam kawasan rumah bagi mengelakkan  kucing/anjing ini daripada digigit anjing yang positif Rabies. Ini kerana vaksin tersebut akan mengambil masa dalam tempoh lebih kurang 2 minggu untuk memberi perlindungan kepada anjing atau kucing yang telah divaksin daripada dijangkiti Rabies.

Sumber gambar: Harian Metro
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal RABIES"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top