Powered by Blogger.

Kos Trip Ke Yogyakarta, Indonesia 2017

Kos Trip Ke Yogyakarta, Indonesia 2017


Dup dap...dup dap pulak rasa menanti Oktober ni. Mana taknya setelah hampir setahun dah membeli tiket flight ke Yogyakarta, akhirnya masanya kian tiba. Rasa nak malam ni juga terbang bercuti. Gelojoh. Oklah, sebagai persediaan nak buat Trip percutian bajet ke Yogyakarta, saya dah pun minta senarai kos supir, kos pengangkutan, kos hotel dan kos setiap tempat nak dikunjungi nanti. Jom terjah.


  1. Khidmat supir : Rp400,000 (RM135)
  2. Hotel (1 bilik) : Rp 1,200,000 (RM385.75) Kos Untuk 5 hari 4 malam.
  3. Tiket masuk Borobudur: Rp325,000 (RM104.50)
  4. Merapi (1 jeep) : Rp350,000 (RM112.51)
  5. Tiket masuk Prambanan : Rp 325,000 (RM104.50)
  6. Tiket masuk Gereja Ayam: Rp 30,000 (RM9.70)
  7. Hutan Pinus : Rp 3,000 (RM0.96)
  8. Pantai Timang (Naik Ojek) : Rp 50,000 (RM16.07)
  9. Pantai Timang (Naik Gondola) : Rp200,000 (RM64.29)
  10. Cavetubing Goa Pindul : Rp 150,000 (RM48.21)
  11. Kalibiru : Rp 5,000 (RM1.60)
  12. Kalibiru (Gambar atas pokok) : Rp 15,000 (RM4.83)
  13. Parangtitis & Gumuk Pasir : Rp 5,000 (RM 1.60)

Fuhh, kalau diikutkan dah tak bajet juga dah trip ni. haha. Mana taknya untuk ground sahaja dan RM700+ belum lagi dicampur dengan kos tiket. Harap sempatlah lagi nak menabung ni sehingga Oktober ni. Moga ada duit jatuh dari langit lepas ni. Haha. Aminn.
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kos Trip Ke Yogyakarta, Indonesia 2017"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top