-->

Cara Pindah Hypptv Ke TV Jauh Dari Modem Utama

Cara Pindah Hypptv Ke TV Jauh Dari Modem Utama

Ahad lepas, pihak Unifi dah install unifi kat rumah ayah aku. Pelan asal aku nak hypptv dipasang pada TV utama rumah iaitu di ruang tamu hadapan. Tapi masalah kalau nak pasang, segala modem dan telefon kena install di sana juga. Masalah tu. Sebab area ruang tamu rumah ayah aku ni, kalau banjir memang macam swimming pool. Korang siap boleh kuak lentang. Ada berani? Haha.

Jadi, penyelesaiannya aku suruh pihak installer pasang unifi di tv dapor. So sad. Tempat modem, router dan telefon tu memang tak strategik la. Hypptv pun sama. Lagi best tengok channel hypptv di tv area ruang tamu. Boleh baring2.

Lepas je pihak installer balik, aku kaji balik cara pemasangan hypptv tu. Aku kaji jenis kable atau wayar yang diguna. Then aku mintak tolong ayah aku sukat panjang dari modem menuju ke tv ruang tamu utama. Cable tu korang boleh rujuk di gambar. Jarak dari modem utama ke tv ruang tamu rumah adalah lebih kurang 15 meter.

Aku terus ke PC image Wisma Saberkas dan cari kable ethernet tu. Ada dua jenis, kalau nak kualiti lebih bagus kable warna biru tapi harga RM90+ untuk panjang 20 meter. Dan satu lagi warna putih, panjang 20 meter dan harga RM45. So murah dan jimat setengah harga. Budak kedai tu ada cakap kalau nak speed lebih laju, better guna cable warna biru. Tapi aku ni tengah poket kering, so aku try je beli cable warna putih ni.

Balik rumah aku terus tarik wayar putih 20 meter tadi dan pindahkan box hypptv tu ke tv ruang tamu. Mudah je nak tukar.

1. Alih box hypptv ke tv ruang tamu
2. Hubungkan wayar dari box hypptv ke tv (yang ni kalau jenis bebal macam aku, boleh ambil gambar cable tu sebelum korang cabut dari tv asal)

3. Hubungkan cable putih dari router ke box hypptv.
4. Setting program tv. Cari port mana hdmi1, hdmi2 atau hdmi berapa yang korang guna.
5. Dah ada appear hypptv kat tv korang tu, maksudnya berjaya la tu.

So, ok tak aku guna cable warna putih tu?? So far tiada masalah langsung. Lancar je tengok channel. ;)
Hope perkongsian aku ni membantu korang sedikit sebanyak ok.

Baca juga:

Tags:

0 Comments



Emoticon