Powered by Blogger.

Resepi Pizza Mee Maggi

Resepi Pizza Mee Maggi

Majoriti kita dah tahu yang Maggi kari ni selain dimasak makan berkuah, kita juga boleh buat jadi Pizza Mee Maggi. Sangat sedap dan mudah. Bahan pun ringkas. Anak-anak confirm suka. ;) Jom terjah resepi yang tersangat ringkas dan mudah ni.

Resepi Pizza Mee Maggi

Bahan-bahan:
2 bungkus Mee Maggi Kari
2 biji telur


Cara-cara:
1. Rebus mee sehingga masak. Jangan terlembik pulak tau. Biar mee tu masih kenyal-kenyal gitu. Dah masak, tapis mee tadi.

2. Pecahkan telur dalam satu mangkuk atau bekas dan letakkan perencah kari mee maggi ke dalam telur. Kacau rata.

3. Masukkan mee yang dah siap ditapis ke dalam adunan telur tadi dan gaul rata.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, dan letakkan kesemua adunan mee tadi. Leperkan buat macam bentuk pizza. Pastikan bahagian bawah masak (bagi keras sedikit) sebelum terbalikkan pizza mee. Jangan lupa tekan-tekan pizza tu ye bagi masak sekata.

5. Siap dan sedia untuk dihidang. Nak lebih sedap boleh makan dengan cicah sos maggi cili. ;)

Selamat mencuba.

Resepi Pizza Mee Maggi
Bagikan :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Pizza Mee Maggi"

 
Copyright © 2015 Luar TeKo - All Rights Reserved
Template By Kunci Dunia
Back To Top