Keria Gula Apong merupakan salah satu makanan favourite saya. Kueh ni bulan puasa ja senang nak jumpa orang jual. Kalau bulan-bulan biasa ni memang bonus la kalau jumpa orang jual. Disebabkan saya teringin sangat nak makan Keria Gula Apong ni yang pure dibuat dari Keribang atau Keledek ubi merah, saya nekad buat sendiri.
Keria Gula Apong |
Bahan-bahan diperlukan untuk buat Keria Gula Apong:
1. Keribang lebih kurang 800gram - 1kg
2. Tepung gandum 1 cawan -2 cawan
3. Secubit Garam
4. Gula Apong 300-500gram
5. Gula sesudu besar
1. Keribang lebih kurang 800gram - 1kg
2. Tepung gandum 1 cawan -2 cawan
3. Secubit Garam
4. Gula Apong 300-500gram
5. Gula sesudu besar
Cara-cara buat:
1. Rebus keribang hingga empuk
2. Lecek keribang yang sudah empuk sehingga lumat
3. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan juga garam.
4. Siap adunan, cetak guna acuan donut.
5. Goreng hingga kuning perang guna api sederhana.
6. Panaskan gula apong dalam kuali berasingan dan letak gula. Bila mendidih, tutup api, celup keria yang sudah digoreng dalam gulaapong tadi.

Tags:
#Resepi#resepi kuih
1 Comments