-->

Trip ke Pasar Serikin, Bau 2015

Pada Ahad yang lepas, saya berpeluang pergi ke Pasar Serikin, Bau yang terletak kira-kira 45 km daripada Bandaraya Kuching. Keadaan di Pasar Serikin ini masih meriah seperti dahulu dan makin banyak gerai yang didirikan.

Pasar Serikin ni merupakan salah satu tarikan atau tempat tumpuan pengunjung dari luar Kuching atau Sarawak. Pasar ini terletak berdekatan dengan sempadan Indonesia dan banyak barangan yang menarik boleh didapati di sini dengan harga yang murah. Lagi murah kalau beli borong dan kena dengan cara tawar menawarnya. Antara barangan yang menarik minat saya di sini adalah barangan kraf, kain pasang, kain songket bali, telekung dan pelbagai lagi barangan yang unik. Ohya, untuk mereka yang minat membuat kek, kat sini anda boleh dapatkan oven gas color hijau dengan harga yanh murah. Oven ini sangat bagus untuk membakar kek dan juga membakar ayam panggang. Saya berani cakap bagus, sebab mak saya bisnes kueh dan mempunyai 2 set oven indon ini. Sangat bagus dan tahan lama. Belum pernah rosak lagi sejak dibeli kira-kira 10 tahun yang lepas.

Ok lah, untuk anda yang nak berkunjung ke Sarawak dan memerlukan khidmat penunjuk arah atau erti kata lain nya tour guide ke Pasar Serikin, Bau ni boleh berhubung dengan saya melalui whatsapp ya (aishah 0178865939).

Pakej Trip ke Pasar Serikin
Bonus: trip ke kilang Pasu Sarawak
(untuk 2-4 orang, xdpt ramai sebab guna sedan je)
Sabtu atau Ahad
7.30 pagi hingga 4.30 petang
Service caj : RM190
Stall menjual kerepek di Pasar Serikin

Jom layan Video di sekitar Pasar Serikin yang telah saya ambil sebelum ni,.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon