Bagi sahabat yang tinggal di semenanjung Malaysia, mungkin tidak sukar untuk anda semua untuk mendapatkan Nasi Kukus yang sedap dan berpatutan harganya. Tapi bagi kami di Sarawak, agak limited sikit lah untuk mendapatkan hidangan yang super mantap ni.
Bagi sp sendiri yang memang sangat suka jalan-jalan cari makan ni, memang suka nak explore tempat-tempat orang dan coba makanan-makanan yang dijual di tepi jalan di sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Dek sebab kerap pergi ke area Kota Samarahan bagi melawat rumah yang masih dalam pembinaan, sp berpeluang menikmati Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah yang sangat sedap dan murah di Desa Ilmu, Kota Samarahan. Gerai Nasi Kukus ni adalah Gerai Nasi Kukus Wak Saba dan lokasi gerai ini adalah berdepan dengan Everise Desa Ilmu dan terletak berdekatan dengan Shopping Complex Summermall Kota Samarahan. Kota Samarahan ni, agak jauh jugak lah dari town Kuching. Tapi, bagi sp yang dah kerap ke sana, rasanya, tak lah jauh sangat pun. Dalam 30 minit je dari Bandar Kuching.
Poster yang terdapat di Gerai Nasi Kukus Wak Saba. Apa tunggu lagi, terjah lah kalau kepingin ye. |
Sumber gambar: FB Nasi Kukus Wak Saba
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah beserta dengan kuah dan sambal yang super pedassss... |
Rasa Nasi Kukus Wak Saba ni, bagi sp sangat sedap dan sangat berbaloi dibeli. Harga bagi Nasi Kukus Ayam Berempah adalah RM4.00 sahaja. Dan kalau tambah dengan ikan keli, kalau tak silap sp, harganya adalah RM6.00. Murahhh sangat dah tu. Tak heranlah, kalau sp sanggup pergi ke Kota Samarahan, semata-mata nak bungkus Nasi Kukus Wak Saba ni. Masa operasi gerai Nasi Kukus Wak Saba ni adalah dari jam 11:00 pagi hingga 6.00 petang (info dari FB Nasi Kukus Wak Saba). SP harap,, gerai ni akan mantain kekal berjual di sana sampai bila-bila. Hehe. Tak jumpa lagi, nasi kukus yang sesedap Nasi Kukus Wak Saba ni di Kuching. Kalau anda pernah makan yang sedap di sekitar Kuching ni, bolehlah share dengan sp ye. Share is care. :)
0 Comments