Rasa tak percaya pulak saya boleh terjebak minat membaking ni. Oven sedia ada kat umah ni pun adalah freegift daripada pembelian TV Sharp kami beberapa tahun yang lepas.
Disebabkan mendapat order pavlova dan brownies dalam kuantiti yang agak besar, jadi kapasiti oven yang besar amat amat diperlukan. Saya telah berjaya sesi membodek suami untuk membeli oven elektrik yang lebih besar. hehe.
ok lah, selepas beberapa sesi survey harga oven, kelebihannya, saya telah memilih oven elektrik jenama Faber keluaran Malaysia. Oven ini bersaiz 46Liter dan berharga RM360. Apa yang menarik perhatian saya untuk membeli oven ini adalah bentuk dan permukaan oven yang sangat menarik dan lebih gap berbanding yang lain. Size oven ini mampu muat loyang bersize paling maksimum
12' x 12'. Jadi untuk bakers permulaan macam saya ni, rasanya oven ini lebih dari cukup. Insya Allah.
Ni sedikit tips untuk membeli Oven Elektrik untuk para wanita di luar sana:
1. Sebelum nak beli oven,buat sedikit research tentang brand atau jenis oven yang nak dibeli.
2. Beli oven ikut kemampuan dan keperluan kita. Kalau nak bisnes, better ambik yang kapasiti lebih besar.
3. Bawa contoh acuan yang paling besar, contohnya saiz acuan 12'x12'. Ini penting, sebab sebagai contoh brand Oven Faber yang bersaiz 46Liter tidak sama lebar atau panjang oven tersebut dengan oven brand yang lain dengan kapasiti yang sama.
Oven Brand Faber Kapasiti 46Liter |
1 Comments