Curry House, Kuching merupakan salah satu kedai makan favourite saya dan suami. Kalau di Kuching dan Samarahan, terdapat beberapa branch Curry House ni. Kalau di Kuching, Curry House mempunyai branch nya di Satok dan juga MJC, Batu Kawa. Tapi kalau saya, saya lebih suka pergi ke Curry House, Satok di mana menu nya yang lebih banyak dan nasi briyani nya yang lebih sedap.
Ok lah, untuk anda yang tercari-cari kat mana nak makan Nasi Briyani Kambing yang sedap, anda boleh berkunjung ke Curry House ni. Harga kalau tak silap Rm8.50- RM9. Tak lebih dari tu. ohya, kalau anda nak lunch, Curry House Satok ni sangat-sangat direkomen untuk anda. Sebabnya, terdapat pelbagai menu lauk pauk yang boleh menggugat nafsu makan anda. Tak percaya, boleh coba try and test. All the best.
0 Comments