Resepi Nasi Carrot Yang Mudah dan Sedap
Anda mesti tengah tercari-cari resepi dan cara paling mudah nak buat nasi carrot kan? Kalau ye, rasanya betul lah tempat landing kapal terbang anda. :-)
Lama dah niat tu ada nak buat Nasi Carrot. Just vitamin R tu belum ada lagi. Hari ini entah macam mana janji ngan famili nak buat Nasi Carrot di hujung minggu dituntut. Baru je ingat nak ngelat. hehe. Oklah jom masak!
Nasi Carrot dengan Sambal Udang Petai dan Sup Tulang Daging |
Resepi Nasi Carrot
(hidangan untuk 8 ke 10 orang)
Bahan-bahan:
1kg Beras Basmathi (direndam 30 minit)
100gram minyak sapi
100gram marjerin/butter
1 liter air
1/2 tin susu cair
1 batang lobak disagat halus.
1 helai daun pandan. Diikat.
Garam secukup rasa
1 cube pati ayam
5 kuntum bunga lawang
3 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 inci halia
(* bahan ni dikisar bersama)
Cara-cara mudah nak buat Nasi Carrot:
1. Panaskan marjerin dan minyak sapi di dalam kuali. Bila dah panas, tumiskan bahan yang telah dikisar.
2. Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis dan pati ayam. Tumiskan sekejap.
3. Letak air air,susu cair dan daun pandan. Gaulkan sekata. Letak garam secukup rasa. Selepas itu , masukkan lobak dan Biarkan sampai mendidih.
4. Letak beras basmathi yang dah ditoskan air ke dalam periuk elektrik. Tuangkan air tumisan tadi ke dalam periuk berisi beras dan gaul rata. Masak seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik tersebut. Pastikan anda sentiasa menggaul nasi tersebut bagi memastikan nasi masak sekata.
Siap!!!! Mudah saja kan. Kalau nak lagi sedap boleh campurkan.dengan gajus atau badam. Tapi untuk saya, saya lebih suka tak banyak sangat bahan yang dicampur. Nak mudah, cepat dan sedap kan?? Jadi, ini lah resepi khas untuk kita yang kurang vitamin R dalam memasak. haha.
0 Comments