Insentif Bayaran Balik PTPTN
Alhamdulillah, selepas Perdana Menteri selesai bentang bajet 2017 yang lepas, salah satu bajet yang menarik perhatian saya selain bonus adalah insentif Bayaran Balik PTPTN.
Sebenarnya memang berharap dengan ini. Kalau besar insentifnya untuk pembayaran balik secara penuh, mungkin boleh berkira-kira untuk selesaikan awal. Tapi tu lah, insentif bagi peminjam yang membuat pembayaran penuh adalah diskaun 15% bagi mereka yang nak bayar habis hutang PTPTN. Diskaun 10% pula adalah bagi peminjam yang membuat bayaran konsisten setiap bulan.
Disebabkan saya dah start buat pembayaran balik pinjaman PTPTN pada Februari 2016 ni melalui potongan gaji, Alhamdulillah saya layak menerima insentif 10% diskaun tersebut. Baki hutang pinjaman PTPTN saya masih berbaki RM12000+- . Banyakkan. Tak sabar pulak nak tunggu hutang tu habis. Semoga dipermudahkan urusan saya dalam penyelesaian hutang-hutang ni. Amin..
Tags:
#ptptn
2 Comments