Majma Mall Kompleks Islam Kuching
Majma Mall adalah salah satu pusat membeli-belah di Kuching. Tempatnya takdalah segah Vivacity mahupun cityone, namun tempat ini masih mempunyai daya tarikannya tersendiri.
Food court di Majma Mall ini yang terletak di tingkat 2 merupakan tarikan utama di sini. Kalau tiba-tiba teringin nak makan Briyani boleh lah ke Foodcourt di sini . Memang terbaik terutamanya Topo Briyani.
Selain menempatkan pusat membeli-belah, kompleks Islam Kuching ini juga menempatkan pejabat Majlis Islam Sarawak iaitu tempat urusan nikah cerai dan nak akad nikah pun di sini juga. Tingkat berapa saya tak pasti pulak. Jadi, kalau pertama kali nak buat utusan kahwin, cari je bangunan majma Mall ni ok.
Tags:
#Kuching
0 Comments