Review Umobile Power Prepaid
Tukar ke line operator U-mobile ni disebabkan terpengaruh dengan 2 orang abang aku yang dah pun guna prepaid u-mobile ni. Disebabkan review mereka kata line ni sangat ok kat kawasan rumah aku iaitu Kuching, jadinya aku pun dengan penuh yakin pergi beli simkad U-mobile power prepaid ni di Giant Semariang.
Satu pack simkad U-mobile power prepaid ni berharga RM8.50 dengan rm5.00 kredit di dalamnya. Kalau beli kat Giant, menurut cashier tu, kalau pembelian barangan di Giant lebih RM50 akan dapat beli simpack tu Rm3.00 sahaja. Rm3.00 atau free. Ntah.. aku lupa. Haha . Tapi disebabkan aku beli kek yang berharga rm3.99 sahaja, so lupakan sahaja niat nak dapatkan simpack dengan harga murah ya.
Bila dah beli , aku terus try guna simkad U-mobile ni. Aku nak test power ke tak power. Ohya kalau korang nak ada free 1gb data korang topup rm10 dan akan automatik dapat 1gb free tu k. Macam kes aku, aku tak dapat pun after topup, daN aku terus e-mel ke customer service u-mobile . Keesokkannya dah dikreditkan 1gb data free ke nombor u-mobile aku. Sangat puas hati dan jimat.
Dari segi tahap kelajuan data, hanya dapat akses 2g sahaja ya di kawasan kediaman aku iaitu Satok. Sedih. So Sad. Haha. Tapi jangan risau, si far walaupun 2g, line tetap tidak mengecewakan. Boleh lah, dapat juga untuk aku update blog usang ni. Ye tak.
By the way, disebabkan aku berpuas hati dengan u-mobile ni, aku dah pun tukar nombor sedia ada tunetalk aku ke u-mobile. Caranya mudah sahaja. Nanti aku akan share dalam entry terbaru k. Update kat sini macam panjang pulak celotehan aku pasal u-mobile.
Akhir kata dari aku, harap u-mobile akan upgrade kawasan Kuching ni agar dapat liputan 3g dan 4g ya. Nak jugak tengok YouTube lajuhhhh lajuhhhh..
Umobile Power Prepaid |
0 Comments