Pageviews Blog Luarteko Cecah 3k
Fuhhh, susah juga rupanya nak target pageviews cecah 10k ya. Nak cecah 3k pageviews ni pun baru capai semalam iaitu 20 November 2016. Harap konsistensi dan makin meningkat lah pageviews Blog picisan aku ni.
Apa yang ada di blog aku ni?? Mungkin aku boleh katakan agak kurang menarik sebabnya aku pun dah makin kekurangan idea untuk up entry di blog Luarteko ni. Makin hari, makin ketandusan idea aku ni. Aku sangat respek dengan bloggers yang dapat dan mampu update blog setiap hari. Aku nih sekarang nak up satu entry pun ambil masa juga, sebab macam dah mati akal.
Sampai aku asyik scroll blog dan tanya diri sendiri, aku nak tulis apa ni??? Alahai. Nampaknya kena tukar nickname tahun depan, bukan Sang Penulis lagi tapi Sangkut-sangkut Ketandusan idea.
Sekarang ni, aku tengah berusaha buat entry yang dapat memanfaatkan blog aku ni dan tingkatkan trafik ke blog aku. Harap tidak seperti angan-angan mat Jenin lah.
Tags:
#Tips Blogging
0 Comments