-->

Resepi Kek Lapis Idola Nutella

Resepi Kek Lapis Idola Nutella
Kali ini saya nak share Resepi Kek Lapis Idola berlainan versi daripada yang sebelum ini. Kek lapis Idola yang saya buat kali ini menggunakan coklat Nutella sebagai pengganti coklat masakan. Yelah, sebab dah pernah rasa member buat kek lapis Idola guna Nutella ni, hasilnya memang terbaik. Jom terjah Resepi Kek Lapis Idola Nutella ni.

Resepi Kek Lapis Idola Nutella
Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
16 oz mentega
200gm horlick
80gm kaya
50gm serbuk santan
300gram coklat nutella
1 tin susu manis
½ gelas milo
150gram gula halus
200gram tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gula browning
Pewarna kuning
Cara-cara:
1)Pukul mentega dan gula hingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu dan mixer rata.

2)Masukkan susu, horlick, kaya, serbuk santan, tepung gandum dan esen vanilla 

3)Bahagikan kpd 2 bahagian:
-1:Kuning dibahagi 2(utk 3 lapisan atas dan 3 lapisan bawah) (10sudu makan bagi setiap lapisan)
-2:Dicampurkan milo, gula browning dan coklat Nutella. Mixer rata.


4)Bakar warna kuning dulu berlapis-lapis hingga habis(utk lapisan atas -3 lapisan sahaja). Kemudian bakar warna coklat berlapis-lapis hingga habis. Akhir sekali, bakar warna kuning berlapis-lapis hingga habis.(3 lapisan untuk lapisan bawah)

*Bakar guna suhu 150'c selama 10 minit menggunakan api atas sahaja.

Selamat melapis kek.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon