-->

Resepi Keceri Kedondong

Resepi Keceri Kedondong

Bahan-bahan:

10 -15 biji Kedondong dikupas kulit dan dipotong 2
5 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia* dimayang
segenggam udang kering direndam sekejap dgn air panas dan toskan
1 sk halba+biji sawi
3 cm kulit kayu manis
5 sb rempah kari Baba`s(digaul dgn sedikit air)
3 cwn santan pekat (dr sebiji kelapa)
2 sb gula pasir
3 sb kerisik
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak ~ tumiskan bahan2 yg tlh dimayang, kulit kayu manis, halba, diikuti dengan udang kering, kacau sehingga naik aromanya.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau sebati
  3. Kemudian masukkan santan ~ kacau rata dan masukkan buah kedondong diikuti kerisik, kacau supaya rempahnya tidak melekat pada kuali.
  4. Masukkan gula dan sedikit garam ~ masak sehingga kuahnya pekat dan pecah minyak.
  5. Tutupkan apinya dan bolehlah dihidangkan.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon