-->

10 Tips Kurus dan Kurangkan berat badan tanpa Ubat

10 Tips Kurus dan Kurangkan berat badan tanpa Ubat



Semua orang mengimpikan bentuk badan dan berat badan yang ideal. Ideal di sini maksudnya mempunyai bentuk badan yang menawan dan juga mempunyai 'Body mass index' atau BMI yang normal dan ideal. Bagaimana hendak mendapatkan berat badan yang ideal atau dalam istilah lainnya menurunkan berat badan? Di sini penulis ingin mendedahkan tips kurus yang diamalkan oleh adik penulis sendiri sejak Februari 2015 yang lepas.

Antara Tips kurus yang diamalkan adalah:

Tips kurus #1- Dua minggu pertama tanpa NASI

Dalam 2 minggu pertama tanpa NASI atau dalam bahasa mudahnya JANGAN makan nasi. Sepanjang tempoh 2 minggu pertama anda hanya dibenarkan makan lauk sahaja dan lebihkan sayuran.

Tips kurus #2 - Minum sebelum makan

Tabiat minum sebelum makan boleh membuatkan anda cepat merasa kenyang. Minum air putih 1 gelas ke 2 gelas sebelum makan dan makan seperti biasa selepas itu. Anda pasti cepat merasa kenyang dan ini dapat mengelakkan anda terlebih makan.

Tips kurus #3 - Jangan SKIP Breakfast

Pastikan anda breakfast pagi. Menu dicadangkan adalah telur rebus sekurang-kurangnya 2 biji setiap pagi. Keperluan breakfast ini adalah bagi memberi tenaga kepada anda untuk menjalani aktiviti seharian.

Tips kurus #4 - Minum air detoks

Amalkan meminum air detoks. Contohnya air lemon iaitu campuran hirisan lemon dan air putih yang dibiarkan semalam di dalam peti ais. Air detoks ini berfungsi membantu dalam fungsi untuk membakar lemak dan mengeluarkan toksin yang berada dalam lemak. Jadi amalan meminum air detoks yang mampu menyingkirkan toksin tentunya akan sangat baik bagi orang yang menginginkan tubuh ideal atau sedang dalam proses diet atau menguruskan badan.

Tips kurus #5 - Makan secara perlahan-lahan

Makan dan nikmati makanan anda secara perlahan-lahan iaitu dengan mengunyah perlahan-lahan mampu membendung anda daripada makan dalam amaun yang berlebihan.

Tips kurus #6 - Makan Oats Segera

Amalan makan oats sangat membantu mereka yang tengah berdiet. Amalkan makan oats setiap pagi mampu mengenyangkan anda dan memberi tenaga sepanjang hari.

Tips kurus #7 - Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari

Meminum air kosong bukan sahaja mampu memberi tenaga kepada badan, tetapi juga mampu membantu anda dalam menguruskan badan. Hal ini kerana, kerap meminum air kosong membantu memberikan rasa kenyang kepada anda. Selain itu, meminum air kosong yang mencukupi juga memberi kelebihan kepada program diet anda kerana air kosong berfungsi dalam membantu menyingkirkan toksin daripada badan.

Tips kurus #8 - PALING PENTING, jangan bergaul dengan orang yang KUAT MAKAN

Nak berdiet, nak kuruskan badan, program diet, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nak turunkan berat badan, tips yang paling penting adalah jangan bergaul dengan orang yang kuat makan. Ini kerana mereka yang kuat makan akan mempengaruhi anda untuk makan dan makan. Elakkan lepak dengan mereka dan cuba sedaya upaya hindarkan diri daripada mereka. :P Ingat MISSION anda!

Tips kurus #9 -Elakkan Minuman Bergas dan Manis

Minuman bergas mempunyai kandungan gula yang tinggi dan sangat tidak membantu dalam proses mengurangkan berat badan anda. Perlu diingatkan juga kekerapan minum minuman manis sangat tidak baik terhadap kesihatan tubuh badan anda. Elakkan minuman manis, dan anda akan terhindar daripada penyakit 'kencing manis'.

Tips kurus #10 - Jangan Makan Makanan Segera ataupun FAST FOOD

Makanan segera atau 'fast food' adalah musuh utama misi program diet. Ini kerana fast food mengandungi banyak bahan-bahan tambahan yang tidak menyihatkan seperti perasa makanan, contohnya MSG.

Baca juga:

2 Comments

avatar

Minuman bergas Siqah tak minum. Tapi bab minuman manis, alahai, kalah betul. Kena kuatkan hati yang payah T_T Nak seribu daya kan..

TQ for the tips :)

Balas delete
avatar

Adoii..tu la siqah.. sy pun susah betol nak pantang air manis ni. Rasa mcm x dpt nk elak .haha..

Balas delete



Emoticon