-->

Followup Braces Bulan ke 19 (Ogos 2017)

Followup Braces Bulan ke 19 (Ogos 2017)




Opss, kisah followup braces bulan ke 19 (Ogos 2017) terlepas bulan la pula. Ingat nak update sejurus selepas buat followup dengan Dr Chen, tapi macam biasa, aku ni kalau dah balik rumah sekarang, lebih kepada fokus nak REHAT. Tak tau lah, kenapa badan rasa lesu, cepat letih sekarang. Mungkin dah tiba masanya untuk fitkan badan kot. Hehe. Malas bebeno.



Oklah, untuk followup braces kali ni, takda benda sangat aku nak update. Dr chen just tukar tali bahagian gigi atas. Yang penting, Dr Chen bagitau hujung tahun ni, gigi aku dah boleh buka besi-besi tu. Dan selepas tu, aku perlu pakai retainer tu. Aku tanya dengan Dr Chen, samaada waktu pakai retainer tu, perlu ke tidak aku followup lagi dengan dia, dia cakap NOT NECESSARY. oh ok. Ok jugalah. :)

Tak sabar rasanya nak buka besi-besi ni. Tak tahan dah aku nak hadap ulser kat bibir atas aku ni. Sebabnya, lately ni, besi-besi tu sangat tajam dan sangat rapatlah pulak dengan bibir aku ni. So memang luka la, bila dah luka tu, confirm lah aku mendapat sebiji dua ulser. Nasihat aku buat si pemakai braces, kalau alami masalah macam aku ni, time tidur malam tu, letak lah kapas muka (petak segi empat tu) kat area besi yang bermasalah tu. Ini sangat membantu dalam mengelakkan besi dan bahagian dalam mulut bergesel sesama sendiri. Aku asyik lupa nak beli kapas muka, tu yang akhirnya mendapat. haha. Padan muka. Hadaplah ko dengan ulser tu.

Gambar gigi nanti aku update ok. Semua dalam handphone. :)

Baca juga:

5 Comments

avatar

Hi, it's been awhile since your last updates about your braces. Have you removed your braces currently?

Balas delete
avatar

Hi cyntia. So sorry. Quite busy now.huhu. My last followup was last friday. N my braces not yet removed. 😅😅. Gigi bahagian bawah still belom rapat. So agak late juga la gigi saya nak settle.

Balas delete
avatar

I see... im just curious about your end result. Will wait for your updates soon.. :)

Balas delete
avatar

No worries. Will update soon every progress.😀 U already do braces?

Balas delete
avatar

wearing braces for about 9 months now. Just worry bout the alignment of my upper and lower teeth. They are not centered for now. Just wondering if the dentist notice about it... 😵

Balas delete



Emoticon