-->

Fenomena Halo di Kuching pada 31 Ogos 2017

Fenomena Halo di Kuching pada 31 Ogos 2017

Pada 31 Ogos 2017 yang lepas, waktu perjalanan pulang selepas ambik adik laki aku kat Airport, abang aku whatsapp kat group famili, suruh kami-kami yang ada kat Kuching ni untuk tengok kat langit. Bila aku tengok kat langit, eh apa benda yang best sangat?? Tak jumpa, atlast aku terpandang area Matahari melalui kamera depan handphone aku, oooooo rupanya lingkaran sekeliling matahari tu. Cantikkan? Aku tak dapat nak tengok direct, memang kuat sangat cahaya matahari tu.

Fenomena Halo di Kuching pada 31 Ogos 2017

Fenomena kejadian lingkaran di sekeliling matahari ni dipanggil Fenomena Halo. Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. (sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Fenomena_halo)

Seperti yang aku cakap tadi, cahaya matahari waktu fenomena ni berlaku sangat TERANG. Silau tau. Jadi, apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Macam aku, aku ambik gambar guna camera depan handphone je. Tu pun tak dapat nak pandang handphone. Sebab silau sangat. Dah lah aku ni jenis cepat migrain lepas tengok silau kuat sangat.

Actually, kalau handphone korang jenis lagi mantap dia punya kamera, korang akan dapat capture warna lingkaran pelangi tu. Cantik sangat. Aku? Mampu tangkap gambar yang ni je lah. haha.

Baca juga:

1 Comments

avatar

hebat dapat capture halo matahari., ;p

Balas delete



Emoticon