-->

Hilangnya MORAL si blogger!

Jangan terlampau taksub nak update blog atau website hinggakan cilok gambar dari blog orang lain tanpa kredit kan balik.
Ada lagi kes cilok gambar dari blog picisan saya ni, dan update website seolah-olah gambar tu dia punya. Saya tak mahu nak mention blog atau website tu di sini. Just nak ingatkan agar berhemah dalam menulis blog. Kalau quote informasi dari blog seseorang pun perlu kredit kepada sumber asal dari blog atau website mana dapat.

Mungkin ada yang kata, sapa suruh tak letak watermark, kan dah kena cilok gambar. Ini bukan pasal watermark atau tidak, ini pasal moral si blogger. So peringatan balik kepada kita-kita ni yang giat berblog untuk bagi kredit sumber asal gambar atau info walaupun gambar tu takda watermark. Dunia internet ni kecik ja, pusing-pusing celah mana pun, jumpa juga gambar pemilik asal nanti.

Moralnya di sini, jadilah blogger yang berMORAL!!! Sekian terima kasih.

Baca juga:

0 Comments



Emoticon